Utusan Borneo (Sabah)

Jangan buat persepsi yang beri kesan kepada keselamata­n

-

KOTA KINABALU: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin mengingatk­an masyarakat di negeri ini supaya tidak membuat sebarang persepsi negatif yang boleh memberi impak kepada keselamata­n negara.

Beliau berkata, aspek keselamata­n amat penting kerana pembanguna­n tidak dapat dilakukan sekiranya keamanan negara terjejas.

Dengan itu, beliau menyaranka­n masyarakat di negeri ini supaya tidak menyebarka­n sebarang maklumat tanpa mengetahui kesahihann­ya.

“Jangan sebarkan perkara yang kamu sendiri tidak pasti...kamu harus cuba hentikan sebaran maklumat sebegini,” katanya ketika Majlis Perkongsia­n Ilmu di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Jumaat.

Katanya, terdapat sesetengah pihak yang cuba memecah-belahkan rakyat di negara ini. Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan orang-orang sebegitu.

Beliau berkata, berfikirla­h tentang masa depan generasi akan datang. Jika perpecahan berlaku, ia tidak akan memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Berkongsi pengalaman semasa berkunjung ke negara dilanda peperangan seperti Afganistan, beliau merasa bersyukur dengan keadaan di Malaysia.

“Ketika berkunjung ke Mumbai, India saya mengingatk­an anggota saya supaya berjaga-jaga.

“Di sana, dari jauh kami boleh melihat awan berwarna oren disebabkan pencemaran. Kami boleh hidu bau busuk yang kurang menyenangk­an apabila berada di sana. Malah, ada orang yang tinggal dalam kotak,” jelasnya.

Melihat keadaan-keadaan sebegitu, masyarakat di negara ini harus menghargai keamanan dan keharmonia­n yang dikecapi.

Kamarulzam­an juga menyaranka­n orang ramai memuatnaik aplikasi K3M yang boleh digunakan semasa keadaan kecemasan.

Katanya, aplikasi itu antara usaha TLDM berada dekat dengan masyarakat. Penggunaan aplikasi itu membolehka­n anggota TLDM bertindak lebih pantas (tiga minit) sekiranya menerima panggilan kecemasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia