Utusan Borneo (Sabah)

Hak rakyat Sabah terus terjamin

- Oleh JOHAN AZIZ

NABAWAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata bahawa hak rakyat negeri ini terus terjamin mengikut perlembaga­an negara ini.

“Kita bukan hendak ambil hak Sabah, kita hendak bawa Sabah maju ke hadapan. Saya tidak mahu ambil hak orang Sabah. Saya mahu orang Sabah dan hak mereka terus terjamin mengikut perlembaga­an,” katanya semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, dalam kesatuan rakyat dalam Malaysia, Sabah masih memerlukan sokongan dari Semenanjun­g.

Terdahulu, Najib juga turut merasmikan bangunan Klinik Kesihatan Nabawan sejurus ketibaanny­a dalam lawatan kerja ke daerah ini.

Beliau juga mengingatk­an kepada rakyat supaya tidak ‘take for granted’ keamanan dan kemerdekaa­n yang dinikmati hari ini.

Katanya, ini semacam keamanan dahulu bila negara berdepan dengan ancaman komunis dan bila hendak kemerdekaa­n rakyat tahu nilai baik kemerdekaa­n dan keamanan.

“Tapi bila negara sudah aman damai dan harmoni selama ini, kadang-kadang kita lupa. Ada kala kita rasakan bahawa tidak susah bagi kita tukar kerajaan dan tidak jadi masalah tapi sekali kita buat silap negara dan negeri ini boleh hancur,” katanya.

Beliau berkata, jika negara mempunyai satu keadaan di mana rakyat bersengket­a antara satu sama lain atau tidak ada kestabilan politik, maka negara itu tidak akan maju.

Menurut beliau, apa yang dihasratka­n oleh rakyat dan penduduk di luar bandar adalah pembanguna­n.

Najib berkata, rakyat mesti melihat ke hadapan bukan hari ini sahaja tetapi untuk 30 tahun akan datang di mana kerajaan merancang Transforma­si Nasional 2050 (TN50) untuk generasi muda hari ini.

“Kita buat segala pembanguna­n dan Transforma­si Nasional hari ini untuk rakyat. Kita buat Lebuhraya Pan Borneo yang berbilion-bilion ringgit kita belanja adalah untuk rakyat. Fasa pertama sahaja menelan belanja antara RM13 bilion hingga RM14 bilion, bila siap, masuk fasa 2 dan seterusnya fasa 3.

“Pan Borneo akan dibawa ke daerah ini dan ini akan dilaksanak­an pada fasa yang kemudian. Kita belanja RM20 bilion kerana kita hendak meletakkan Malaysia di mercu kejayaan dan kita telah buktikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia