Utusan Borneo (Sabah)

Peruntukan RM35 juta

Najib umum bina sekolah baharu SMK Marak Parak

-

KOTA MARUDU: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n kelulusan pembinaan sekolah baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marak Parak di sini membabitka­n peruntukan berjumlah RM35 juta.

Pengumuman itu dibuat perdana menteri pada majlis perasmian SMK Bandau pada Jumaat, yang menurutnya susulan permohonan dikemukaka­n Anggota Parlimen Kota Marudu yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Sekolah baharu SMK Bandau dibina dengan peruntukan RM34 juta dan mula digunakan pada Mac 2014 dengan bilangan pelajar berjumlah 1,022 orang.

Peruntukan lain untuk sekolah baharu itu merangkumi pembinaan tiga makmal komputer dengan peruntukan RM100,000, pembinaan dewan dan sistem siar raya (RM500,000), penyediaan peralatan ICT membabitka­n 90 komputer (RM250,000) dan perabot makmal komputer (RM150,000).

Najib menyifatka­n kesemua peruntukan yang diluluskan itu membuktika­n kerajaan tidak bangkrap seperti didakwa parti pembangkan­g tetapi kerajaan ada bajet untuk perbelanja­an itu.

Perdana menteri berkata beliau tidak datang dengan tangan kosong setiap kali berkunjung ke Sabah tetapi membawa peruntukan bagi memenuhi keperluan rakyat negeri ini.

Katanya beliau akan terus membantu memajukan kawasan Kota Marudu dan turut mengumumka­n peruntukan RM5 juta bagi pembinaan asrama SMK Tandek Kota Marudu.Bernama

 ??  ?? NAJIB diiringi Musa di SMK Bandau.
NAJIB diiringi Musa di SMK Bandau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia