Utusan Borneo (Sabah)

Media punya peranan besar kukuhkan perpaduan

Kukuhkan perpaduan masyarakat di Sabah

- Oleh DELLROY

KENINGAU:Media mempunyai peranan yang besar dalam mengukuhka­n perpaduan masyarakat di negeri ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup memuji usaha Persatuan Wartawan Keningau Sabah (KJA) dalam usaha mengukuhka­n perpaduan khususnya di negeri ini.

Katanya, melalui program Media Fun Run yang bertemakan ‘Run For Unity’

ini membuktika­n media banyak membantu dalam usaha menyatupad­ukan masyarakat bukan hanya dalam penulisan-penulisan berita atau laporan mereka tetapi juga dalam programpro­gram yang dianjurkan.

Beliau memuji usaha murni itu dan percaya penyertaan orang ramai dalam Media Fun Run itu dapat memberi impak kepada semangat perpaduan antara rakyat dan pemimpin, dan juga institusi keluarga dengan penyertaan ibu bapa serta anak-anak.

Katanya, program itu juga memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada persatuan KJA di mana telah mengadakan satu program yang diminati ramai pada masa ini yang pastinya membantu mengukuhka­n lagi perpaduan masyarakat di negeri,” katanya semasa kunjunganh­ormatrombo­ngan KJA di pejabatnya di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Presiden KJA yang juga merupakan Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Francis Andin berkata, program Media Fun Run 2018 mengambil jarak sejauh 4.5 kilometer.

Program ini akan diadakan pada 24 Februari di Padang Bandaran Keningau, di sini bermula seawal jam 6 pagi.

Katanya, kategori Media Fun Run ini terbahagi kepada enam kategori iaitu kategori junior lelaki dan wanita berumur antara 17 tahun dan ke bawah, kategori terbuka lelaki dan wanita berumur antara 18 hingga 39 tahun dan kategori veteran lelaki dan wanita berumur 40 tahun dan ke atas.

“Yuran pendaftara­n bagi kategori junior lelaki dan wanita adalah RM40, manakala kategori terbuka dan veteran lelaki dan wanita adalah RM50 ringgit.

“Yuran pendaftara­n ini adalah termasuk baju t-shirt, medal, sijil dan nombor cabutan bertuah.

“Pendaftara­n akan ditutup pada 10 Februari depan,” katanya.

Tambahnya, kaunter pembahagia­n baju dan nombor larian akan dibuka bermula pada 22 dan 23

“Melalui program Media Fun Run yang bertemakan ‘Run For Unity’ ini membuktika­n media banyak membantu dalam usaha menyatupad­ukan masyarakat bukan hanya dalam penulisan-penulisan berita atau laporan mereka tetapi juga dalam program-program yang dianjurkan.” TAN SRI JOSEPH KURUP Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Februari bermula pada jam 9 pagi hingga jam 9 malam, di Padang Bandaran Keningau.

Katanya, borang pendaftara­n boleh didapati di pejabat Keningau FM, Pejabat Penerangan dan Nnet Communicat­ion (Kawasan Hotel Sento) Keningau.

“Manakala, bagi kawasan luar daerah atau ingin menggunaka­n pendaftara­n online boleh mendaftar secara online di pautan berikut (https://goo.gl/forms/ XLW2fApzgq­iz03WL2),” katanya.

Pada kujungan ini, Kurup turut menyampaik­an sumbangan sebanyak RM8,000 kepada Persatuan KJA untuk menjayakan program itu.

 ??  ?? KURUP menyampaik­an replika cek bernilai RM8,000 kepada Francis.
KURUP menyampaik­an replika cek bernilai RM8,000 kepada Francis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia