Utusan Borneo (Sabah)

Fredo ‘Flybaits’ adakan konsert, tampung kos perubatan isteri

-

BEKAS vokalis kumpulan Flybaits yang popular pada era 1980-an dengan lagu ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’ bakal menggegark­an Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 2 Feb depan.

Konsert ‘Kenangan Lalu Bersama Fredo Flybaits Ft The Flinstones’ yang dijadualka­n bermula jam 7.30 malam itu bakal mempersemb­ahkan 16 lagu popularnya termasuk lagulagu malar hijau Flybaits buat peminatnya.

Menurut Fredo atau nama sebenarnya Mohd Amani Abdullah, konsert itu diadakan bagi mengumpul dana untuk menampung kos rawatan isterinya Suzlynna Mustapha, 53, yang perlu melakukan pembedahan.

“Emergency Konsert Showcase ini merupakan antara usaha saya untuk bantu isteri yang perlu lakukan pembedahan tumit kakinya dan rawatan lanjutan,” katanya pada sidang media mengenai konsert itu di Kuala Lumpur kelmarin.

Biarpun usianya sudah mencecah 67 tahun, faktor umur tidak menghalang Fredo untuk membuktika­n beliau masih bertenaga di atas pentas persembaha­n dan tidak pernah berniat bersara daripada karier itu.

Penyanyi yang memulakan karier pada usia 31 tahun itu juga ingin membuktika­n bahawa penyanyi senior sepertinya mampu bertahan lama dalam industri muzik dan lagulagu malar hijau masih diminati ramai. “Saya memang berhasrat untuk mengadakan konsert bersamasam­a anggota Flybaits, namun kekangan kesihatan membuatkan kami tidak dapat berkerjasa­ma,” katanya, menambah konsert terakhirny­a bersama kumpulan Flybaits diadakan di Singapura pada 2015. Tiket untuk makan malam dan menyaksika­n konsert terbabit dijual pada harga RM300 (VIP;Meet & Greet), RM250 (Platinum), RM200 (Gold), RM150 (Silver) dan RM100 (Bronze).

Fredo berkata pembeli tiket VIP konsert anjuran D’Saji Titiwangsa dan BEST FB KL Concert itu dapat meluangkan masa bersamanya kirakira sejam di bilik khas selepas konsert tersebut. Orang ramai kini boleh membeli tiket di kaunter pertanyaan restoran itu atau melalui WhatsApp di talian +60-111-6950047 dan di laman web MyTicket.Asia. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia