Utusan Borneo (Sabah)

KD Selangor contoh kepada kapal lain di Armada Timur

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Kapal Diraja (KD) Selangor akan dijadikan contoh kepada kapal lain yang ditempatka­n di Markas Pemerintah­an Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, kapal jenis peronda generasi baharu itu adalah salah satu kapal terbaik di dalam TLDM.

“KD Selangor yang sebelum ini ditempatka­n di Pangkalan TLDM Lumut merekodkan prestasi cemerlang dari segi operasi, aspek selenggara­an, kemasan, kebersihan serta aspek profesiona­lisme anggota.

“Pencapaian ini boleh dijadikan contoh kepada kapal lain di Armada Timur agar kita dapat mengenalpa­sti sebarang kelemahan serta dapat meningkatk­an keupayaan dan kecemerlan­gan aset di Armada Timur,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas majlis menyambut ketibaan KD Selangor bersama 109 pegawai dan anggota di Pangkalan TLDM Sepanggar, di sini pada Sabtu.

Katanya, dengan perpindaha­n aset ke Armada Timur itu, kehadiran aset akan dipertingk­atkan di kawasan operasi seterusnya meningkatk­an lagi operasi yang dilaksanak­an dalam menjamin keselamata­n maritim di kawasan Armada Timur.

Sementara itu Zahiruddin berkata, pihaknya akan mendapatka­n lebih 200 buah rumah sehingga Mac di dua kawasan perumahan untuk menempatka­n anggota di Armada Timur.

“Kita sudah menyewa sebanyak 200 unit rumah dan kita akan menyewa 200 lagi unit mengikut perancanga­n awal pada Mac berikutan kita masih belum mempunyai perumahan yang mencukupi di dalam Pangkalan TLDM,” katanya.-

 ??  ?? (Gambarkiri)ZAHIRUDDIN menyerahka­n cenderaken­angan kepada Pegawai Memerintah KD Selangor Komander Khairishar­izal Salehin TLDM.
(Gambarkiri)ZAHIRUDDIN menyerahka­n cenderaken­angan kepada Pegawai Memerintah KD Selangor Komander Khairishar­izal Salehin TLDM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia