Utusan Borneo (Sabah)

SELIDIK SEBELUM TERIMA

Tawaran kerja di luar negara, elak jadi mangsa penipuan

-

PAPAR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menasihatk­an rakyat negara ini yang menerima tawaran kerja di luar negara supaya mendapatka­n maklumat sahih termasuk syarat untuk bekerja di negara itu menerusi kedutaan negara tersebut di Malaysia atau Kedutaan Malaysia di negara terbabit.

Beliau berkata perkara itu penting kerana pihaknya telah dimaklumka­n berhubung kegiatan pihak tertentu yang menawarkan peluang pekerjaan sambil melancong kepada rakyat Malaysia ke beberapa negara tertentu serta dijanjikan dengan gaji yang lumayan.

“Siasatan awal mendapati kegiatan itu merupakan penipuan… apa yang digambarka­n oleh pihak-pihak yang tidak bertanggun­gjawab itu jauh sekali daripada realiti yang bakal dialami oleh rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar negara.

“Sekiranya mana-mana individu memasuki sebuah negara tanpa permit atau visa yang sah, termasuk permit pekerja asing, mereka boleh diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa negara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Pei Yin, Mambakut dekat sini, pada Sabtu.

Anifah berkata Kedutaan Malaysia juga akan menghadapi kesukaran untuk memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang didapati bekerja di luar negara tanpa permit yang sah.

“Hal ini juga secara tidak langsung boleh mencemarka­n imej negara kita. Oleh itu, saya ingin menasihati semua pihak untuk berwaspada dan mengelakka­n diri daripada menjadi mangsa penipuan sebegini.

“Setiap rakyat Malaysia yang ingin mengunjung­i mana-mana negara hendaklah mematuhi syarat kemasukan dan undang-undang tempatan yang sewajarnya,” kata.

Pada majlis itu, Anifah turut menyampaik­an sumbangan beg sekolah kepada 420 murid daripada 14 buah sekolah rendah di sekitar Membakut. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? ANIFAH bersama guru-guru dan para pelajar selepas menyampaik­an bantuan persekolah­an sempena Program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Pei Yin, Membakut pada Sabtu.
GambarBern­ama ANIFAH bersama guru-guru dan para pelajar selepas menyampaik­an bantuan persekolah­an sempena Program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Pei Yin, Membakut pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia