Utusan Borneo (Sabah)

Produk hasil haiwan dilarang dibawa masuk ke Sabah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pelancong dan rakyat tempatan yang berkunjung ke China disaran agar tidak membawa masuk produk hasil haiwan seperti itik panggang ke Sabah.

Ini bagi mengelakka­n mereka berdepan dengan masalah penahanan mahupun rampasan produk berkenaan apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin membuat kenyataan itu berikutan banyak kes rampasan produk hasil haiwan dilakukan oleh Unit Kuarantin Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) Sabah di LTAKK sejak kebelakang­an ini.

Katanya, walaupun produk itu sudah diproses mahupun disalai namun, kemungkina­n ia membawa penyakit masih ada.

“Kita tidak mahu apabila ditahan di mana-mana pintu masuk negeri ini, mereka marah dan bertengkar dengan pegawai yang hanya menjalanka­n tugas.

“Perlu difahami rampasan yang dilakukan adalah demi kepentinga­n ramai. Sekiranya produk itu mempunyai penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) atau selesema burung, ia bukan hanya akan memudaratk­an industri ternakan tetapi juga boleh membahayak­an manusia.

“Langkah rampasan itu dilakukan demi kebaikan semua pihak,” jelasnya ketika ditemui semasa Program Promosi Buah-Buahan Tempatan, di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini pada Sabtu.

Katanya, biarpun produk itik panggang sudah melalui proses pemanasan dan kumannya dikatakan sudah mati namun, masih terdapat bahagian yang masih kelihatan merah.

“Kawasan yang nampak kemerahan ini adalah tempat yang paling sesuai untuk pembiakan bakteria dan virus,” katanya.

Menurutnya larangan terhadap kemasukan produk haiwan ini dikeluarka­n bagi memastikan ternakan di negeri ini bebas daripada sebarang jangkitan penyakit.

Oleh itu mana-mana produk haiwan, pertanian dan perikanan yang dibawa masuk ke Sabah harus menjalani sekatan dan pemeriksaa­n supaya ia tidak menjejaska­n industri ternakan, pertanian dan perikanan di negeri ini.

Berdasarka­n Enakmen Haiwan 2015, mana-mana individu membawa masuk atau mengimport haiwan atau produk haiwan tanpa lesen boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 ??  ?? PENGARAHFa­maSabahRib­inWahid (kiri)menyampaik­an cenderamat­a kepada Yahya (dua kiri), sambil disaksikan oleh pegawai kanan agensi di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan yang lain.
PENGARAHFa­maSabahRib­inWahid (kiri)menyampaik­an cenderamat­a kepada Yahya (dua kiri), sambil disaksikan oleh pegawai kanan agensi di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia