Utusan Borneo (Sabah)

10,000 banjiri Dataran Nabawan, bukti sokongan mantap rakyat

Bukti sokongan mantap rakyat kepada BN dan pemimpin

- Oleh JOHAN AZIZ

KEHADIRAN lebih 10,000 orang rakyat Pensiangan sempena lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke daerah Nabawan pada Jumaat menunjukka­n sokongan mantap rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dan pemimpinpe­mimpinnya di kawasan ini.

Laungan, ‘Onsoi BN’, ‘Onsoi PM’ dan ‘Onsoi Musa’ terus kedengaran dari bermula sehingga berakhirny­a majlis itu. Onsoi dalam bahasa Murut bermaksud bagus.

Malah Najib bersama Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman bersamasam­a para pemimpin lain turut teruja dengan sambutan hangat dan kehadiran begitu ramai rakyat di kawasan itu.

Lawatan Najib ke daerah Nabawan adalah untuk merasmikan Klinik Kesihatan yang berharga lebih RM28 juta dan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Dataran Nabawan.

Lawatan Najib yang merupakan julung kali sejak memegang jawatan Perdana Menteri adalah sebagai memenuhi permintaan rakyat di kawasan itu apabila tahun lalu beliau tidak dapat menghadiri Persidanga­n Perwakilan Umno Zon 4 yang diadakan di daerah Nabawan disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinka­n.

Sejurus ketibaan Najib yang diiringi oleh Musa, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kesihatan Dato Seri Dr Hilmi Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman telah merasmikan dengan menandatan­gani plak Klinik Kesihatan di samping meninjau persekitar­an klinik itu dan beramah mesra dengan para pesakit yang berada di wad klinik itu.

Terdahulu, Musa dalam ucapannya menggesa rakyat Sabah termasuk rakyat Pensiangan untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang baik di bawah pimpinan Perdana Menteri yang baik untuk pembanguna­n mampan di negeri dan kawasan ini.

“Dalam pilihan raya umum yang akan datang, saya menggesa rakyat untuk datang dengan mengundi calon BN yang menunjukka­n kita orang Sabah berterima kasih atas kebaikan dan kemuliaan hati Perdana Menteri,” katanya.

Beliau juga menasihati rakyat supaya tidak terpengaru­h oleh dakyahdaky­ah pembangkan­g yang hanya muncul semasa musim pilihan raya dengan menaburkan janji kosong.

Musa menegaskan bahawa hanya BN dan pemimpinny­a yang dapat memenuhi janjinya.

Beliau berkata, di samping klinik itu, Nabawan juga mempunyai kemudahan kompleks sukan yang telah siap selain jalan raya yang baik dan selesa.

Pada masa sama, beliau berkata bangunan Lansaran sedang dalam pembinaan sebagai memenuhi permintaan rakyat di kawasan ini.

Musa berkata, ini menunjukka­n keprihatin­an

Perdana Menteri terhadap rakyat negeri ini, terutamany­a di kawasan Pensiangan.

Menurutnya, klinik kesihatan untuk masyarakat di sini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri adalah janji BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan hari ini telah menjadi kenyataan.

“Inilah hasrat pemimpin kita terutama Perdana Menteri yang telah membawa peruntukan yang besar bagi pembanguna­n negeri ini dan rakyatnya, termasuk kawasan ini.

“Di sini kita dan rakyat negeri ini mahu seorang pemimpin dan Perdana Menteri yang mendengar suara pemimpin dan rakyat dari negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, adalah sangat penting untuk mempunyai hubungan baik antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat kerana walaupun kerajaan negeri mempunyai kewangan tetapi terlalu terhad.

Membina hospital, sekolah, membaiki sekolah dan membangun Pan Borneo semua adalah peruntukan dari kerajaan Pusat untuk rakyat dan kemajuan negeri ini.

Musa mengakui bahawa tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang berani membiayai kewangan yang besar untuk negeri ini selain Datuk Seri Najib dan ini adalah kenyataan.

Musa juga berkata bahawa kerajaan negeri memerlukan RM250 juta untuk mengatasi masalah jalan raya dalam projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) di seluruh negeri Sabah.

Menurut beliau, keprihatin­an Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan dan telah disalurkan menerusi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutua­n.

“Inilah pemimpin (Perdana Menteri) yang kita kehendaki yang sentiasa mendengar denyutan nadi dan suara rakyat di luar bandar, semata-mata hanya untuk membela kebajikan dan kesejahter­aan rakyat, apa yang rakyat mahu, semua ditunaikan.

“Projek Mesej ini diberikan kepada orang yang tidak mempunyai tanah, rumah dan tidak ada pendapatan,” katanya.

Beliau berkata mereka akan dimasukkan ke dalam Mesej dalam usaha kerajaan untuk meningkatk­an taraf hidup dan ekonomi mereka.

“Projek Mesej ini telah dibangunka­n di negeri ini termasuk Nabawan di mana pembanguna­n kewangan projek ini adalah dari kerajaan negeri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUSA bersalaman dengan para penyokong BN yang menyambut ketibaan Najib pada majlis itu.
MUSA bersalaman dengan para penyokong BN yang menyambut ketibaan Najib pada majlis itu.
 ??  ?? NAJIB bersama Musa mengetuai laungan ‘Hidup BN’ bersama pemimpin BN dan rakyat yang hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Nabawan pada Rabu. RIBUAN rakyat dan penyokongp­enyokong setia BN membanjiri Dataran Nabawan pada majlis itu.
NAJIB bersama Musa mengetuai laungan ‘Hidup BN’ bersama pemimpin BN dan rakyat yang hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Nabawan pada Rabu. RIBUAN rakyat dan penyokongp­enyokong setia BN membanjiri Dataran Nabawan pada majlis itu.
 ??  ?? NAJIB bersalaman dengan rakyat dan rasa teruja dengan sambutan ribuan rakyat Pensiangan ketika perasmian Klinik Kesihatan dan program Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Nabawan pada Rabu.
NAJIB bersalaman dengan rakyat dan rasa teruja dengan sambutan ribuan rakyat Pensiangan ketika perasmian Klinik Kesihatan dan program Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Nabawan pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia