Utusan Borneo (Sabah)

Ketua PDM PKR Tiong Pirungusan kembali ke pangkuan BN

- Oleh JOHN TAMBANAN

KIULU: Tertarik dengan kerjasama jitu di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam usaha menangani keperluan rakyat di kawasan Kiulu, Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Tiong Pirungusan Ah Kiaw Boliking bertindak kembali ke pangkuan Parti Bersatu Sabah (PBS).

A h Kia w ,58, yang mengetuai PDM Tiong Pirungusan PKR pada PRU-12 dan PRU-13, menzahirka­n secara rasmi sokongan penuh beliau kepada Madius dan Joniston pada majlis perasmian Dewan Serbaguna Tiong Keranaan kelmarin.

“Saya berharap Madius dan Joniston akan terus diberi amanah bertanding pada PRU-14 dan saya akan sedaya upaya membantu untuk kemenangan mereka,” kata Ah Kiaw.

Ah Kiaw yang menjadi ahli PBS sejak penubuhann­ya pada 1985 berkata, beliau gembira kembali ke pangkuan parti itu untuk membantu kemenangan calon-calon Barisan Nasional (BN) di Kawasan Tuaran pada PRU-14.

“Saya yakin BN akan memenangi PRU-14 dan kita mahu Parlimen Tuaran dan DUN Kiulu terus diwakili oleh wakil rakyat dari parti memerintah,” kata Ah Kiaw, yang pernah menjadi AJK PKR bagi Cabang Tuaran.

Beliau juga berkata, ramai penyokong pembangkan­g yang bersama-sama beliau pada PRU-13 akan turut mengalih sokongan kepada BN.

“Saya yakin semua caloncalon BN di Tuaran akan menang besar pada PRU-14 kerana rakyat kini sedar partiparti pembangkan­g tidak boleh berkerjasa­ma dan hanya bergantung kepada fitnah dan pembohonga­n untuk meraih sokongan.

Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Joniston yakin sokongan BN di PDM Tiong Pirungusan akan meningkat dengan kembalinya Ah Kiaw ke pangkuan BN.

 ??  ?? AH Kiaw, (tiga dari kanan) bersama Madius (tiga dari kiri) dan Joniston (dua dari kanan) serta pemimpin BN Tuaran.
AH Kiaw, (tiga dari kanan) bersama Madius (tiga dari kiri) dan Joniston (dua dari kanan) serta pemimpin BN Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia