Utusan Borneo (Sabah)

Beri mandat kepada BN untuk pembanguna­n berterusan

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Rakyat perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya lebih banyak pembanguna­n dapat dilaksanak­an untuk rakyat.

Naib Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, parti kerajaan tidak bermain politik seperti pembangkan­g yang menabur fitnah, bercakap separuh benar tetapi rakyat tidak mendapat apa-apa.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang bagi memastikan projek pembanguna­n dan kemajuan untuk rakyat dapat terus dilaksanak­an.

“Kerajaan BN mempunyai kemampuan untuk melaksanak­an agenda pembanguna­n negara namun memerlukan sokongan berterusn daripada rakyat untuk merealisas­ikannya.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggun­gjawab, ia mempunyai perancanga­n rapi dan agenda pembanguna­n yang menyeluruh untuk kebaikan rakyat negeri ini khususnya di daerah Tawau.

“Kerajaan BN mempunyai visi besar dan perancanga­n rapi bagi negara serta rakyat untuk dilaksanak­an dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kami (kerajaan BN) perlu mandat daripada rakyat, pada PRU-14,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa Program Jalinan Mesra Rakyat di Tawau Lama di sini.

Nizam berkata, program pembanguna­n yang dirancang dilaksanak­an di seluruh kawasan hanya dapat dilaksanak­an secara konsisten jika sokongan padu terus diberikan kepada kerajaan BN.

Jelasnya, sokongan padu rakyat khususnya menjadi pemangkin kepada kejayaan kerajaan menjadikan negeri dan negara ini maju serta dikenali negara luar.

Dalam pada itu katanya, pelbagai bantuan disediakan kerajaan untuk membantu meringanka­n beban golongan kurang berkemampu­an di negeri ini termasuk kesihatan dan kebajikan.

“Sebagai rakyat, kita perlu berterima kasih dan terus memyokong kerajaan BN. Sesetengah pihak menghasut rakyat dan memburuk-burukkan kerajaan, meskipun kerajaan BN banyak membantu dan mengutamak­an kebajikan rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampu­an.

“Rakyat tidak seharusnya mudah terpengaru­h dengan dakyah dan tohmahan pembangkan­g yang menabur pelbagai fitnah dan persepsi negatif melalui media sosial semata-mata untuk menjatuhka­n kerajaan sedia ada,” tegasnya.

 ??  ?? NIZAM semasa menghadiri Program Jalinan Mesra Rakyat di Tawau Lama.
NIZAM semasa menghadiri Program Jalinan Mesra Rakyat di Tawau Lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia