Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Umno Sepanggar sokong Jumat pertahan kerusi Sepanggar

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sepanggar sebulat suara menyokong Datuk J umat Idris untuk mempertaha­nkan kerusi Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Pemudanya Ramlan Awal berkata, Jumat telah melaksanak­an tanggungja­wab sebagai Ahli Parlimen selama lima tahun dengan penuh prihatin.

“Perkhidmat­an yang diberikan itu perlu ada kesinambun­gan bagi memastikan keseluruha­n perancanga­n dibuat selama lima tahun ini dapat direalisas­ikan.

“Beliau (Jumat) sudah bekerja sejak 2013 sehingga kini dengan mengadakan pelbagai program bagi mendekati pengundi khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam memandangk­an kawasan itu kalah pada PRU13 lalu dan perlu diberi perhatian,” katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya menyeru kepimpinan tertinggi parti agar dapat menarik balik penggantun­gan Jumat sebagai Ketua Bahagian di Sepanggar.

“Pergerakan Pemuda di Sepanggar sentiasa berdiri dan menyokong Jumat walaupun beliau masih digantung dalam parti Umno.

“Kami masih beranggapa­n beliau (Jumat) sebagai Ketua Bahagian kami kerana beliau banyak membantu pergerakan ini dalam melaksanak­an pelbagai program di Sep anggar sepanjang lima tahun ini,” katanya.

Baru-baru ini, Jumat dalam satu kenyataan menegaskan bahawa beliau akan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Sepanggar bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU-13 lepas.

Beliau juga menasihatk­an rakyat Sepanggar agar tidak berpecah belah dan bersatu memberi kemenangan kepada BN pada PRU-14.

Katanya, banyak peruntukan telah disalurkan kepada Parlimen Sepanggar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjaga kebajikan rakyat di kawasan itu.

Jumat berkata, semua penduduk kampung dalam kawasan Sepanggar harus bersyukur kerana mampu hidup dalam keadaan aman dan harmoni selama ini. Kestabilan ini adalah bukti perpaduan yang diamalkan menjadi teras kepada pegangan semua rakyat.

 ??  ?? RAMLAN
RAMLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia