Utusan Borneo (Sabah)

Fama akan sediakan gerai buah-buahan khas untuk pelancong

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) akan mengenalpa­sti kawasan bersesuaia­n untuk membina gerai buah-buahan yang lebih menarik.

Pengarah Fama Sabah Ribin Wahid berkata, mereka akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi menyediaka­n tapak yang bersesuaia­n untuk penjualan buah-buahan bermusim ini.

“Kita akan mengenalpa­sti kawasan yang sesuai dengan kerjasama DBKK. Sekarang ini memang ada banyak gerai buah-buahan namun dari segi persembaha­n (presentati­on) masih kurang menarik.

“Kalau boleh kita mahu menyediaka­n gerai yang sesuai supaya dapat menarik perhatian pelancong,” katanya ketika ditemui semasa Program Promosi BuahBuahan Tempatan, di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini pada Sabtu.

Ribin berkata, usaha menyediaka­n gerai berkenaan akan cuba dilaksanak­an pada tahun ini.

Dalam program itu, sebanyak dua tan buah-buahan tempatan termasuk durian, nenas, rambutan, manggis disediakan secara percuma untuk pelancong dan pengunjung yang berada sekitar LTAKK.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, usaha promosi sebegitu membolehka­n pelancong lebih mengenali buahbuahan tempatan yang ada di negeri ini.

Jika dilihat pelancong yang berkunjung ke gerai promosi, mereka amat menyukai buah-buahan tempatan yang disediakan.

Dengan sasaran peningkata­n pelancong sebanyak 7.5 peratus pada tahun ini, masyarakat tempatan harus mengambil peluang yang ada untuk memperbany­akkan lagi tanaman pokok buah-buahan tempatan yang bermusim seperti durian, rambutan dan manggis.

Malah berdasarka­n rekod kemasukan pelancong ke Sabah pada tahun lalu, bilangan pelancong tertinggi adalah dari China, Korea Selatan dan Indonesia. Kebanyakan rakyat dari kesemua negara ini adalah penggemar Raja Buah ‘durian’.

 ??  ?? YAHYA (dua kanan) bersama Ribin (kiri) beramah mesra dengan pelancong yang sedang menikmati durian yang dipromosik­an.
YAHYA (dua kanan) bersama Ribin (kiri) beramah mesra dengan pelancong yang sedang menikmati durian yang dipromosik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia