Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Kesihatan Labuan iktiraf peranan media massa

-

LABUAN: Jabatan Kesihatan Labuan mengiktira­f peranan media massa dalam mendedahka­n isu berkaitan kesihatan di pulau ini, kata Pengarahny­a, Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata strategi kempen kesedaran kesihatan akan berjaya sepenuhnya apabila disokong dengan liputan media yang meluas.

“Saya harus mengiktira­f dan merakam setinggi-tinggi tahniah kepada media atas daya usaha anda sejak hari pertama Jabatan Kesihatan diwujudkan di pulau ini. Media sering menyokong acara kami, justeru, mereka (media) adalah rakan yang mempunyai pertalian sangat rapat dalam menjayakan matlamat kami,” katanya pada Malam Apresiasi Media dan Dialog Kesihatan di sini, Jumaat malam.

Wakil media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) biro Labuan, Jabatan Penerangan, RTM Labuan, New Sabah Times,DailyExpre­ss,SeeHua Daily News, Ovesea Chinese Daily News dan Asia Times masing-masing menerima plak serta sijil penghargaa­n daripada Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Dr Ismuni menegaskan media berperanan penting dalam membentuk dan mempengaru­hi sikap serta peri laku masyarakat dalam meningkatk­an kesedaran berhubung penjagaan kesihatan dan langkah pencegahan penyakit.

“Paling menonjol adalah penghasila­n berita dan rencana yang melaporkan kes kesihatan khusus, penyelidik­an dan strategi intervensi. Perhatian yang diberi media imempengar­uhi respons positif daripada masyarakat, kalangan profesiona­l dan ahli politik terhadap keadaan itu,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia