Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk rayu kerajaan tinjau jalan raya Long Pasia rosak

- Oleh JOHAN AZIZ

SIPITANG: Kira-kira 800 penduduk di empat buah kampung meminta kerajaan agar dapat meninjau jalan raya Long Pasia sejauh 13 kilometer yang mengalami kerosakan.

“Kerosakan jalan bermula dari Batu Nuduk sehinggala­h Abpa Letikan,” kata seorang penduduk kampung, Markus Buas di sini.

Beliau yang dihubungi Utusan Borneo pada Sabtu memberitah­u, empat kampung yang menggunaka­n kemudahan awam ini adalah Long Pasia, Long Mio, Batu Nuduk dan Kem Basio.

“Permukaan jalan sangat licin, berlopak dan berombakom­bak kesan daripada aktiviti pembalakan yang membawa kayu balak semasa jalan masih basah,” katanya.

Katanya, penduduk meminta agar aktiviti yang bermula di kawasan hutan Long Mio pada awal bulan Januari tahun ini dapat diperiksa oleh pihak yang berkenaan.

Markus memberitah­u, jalan raya ini selain digunakan oleh penduduk daripada empat buah kampung, juga digunakan sekitar 100 pelajar SK Long Pasia, kakitangan Klinik Desa, dan pihak pasukan keselamata­n.

“Jalan raya ini juga digunakan oleh 80 pelajar sekolah menangah yang tinggal di asrama yang pada setiap dua minggu sekali pulang ke kampung.

“Sepanjang tahun lalu, kerosakan jalan raya ini sudah beberapa kali dilaporkan kepada wakil rakyat di sini, Jabatan Kerja Raya dan syarikat konsesi yang menjaga jalan ini dan mereka memberikan kerjasama yang positif,” katanya.

Beliau memberitah­u setiap laporan yang dibuat kepada pihak yang berkenaan, mereka berusaha untuk membantu.

Tetapi katanya, sejak lori balak melalui jalan ini, semua kerja-kerja pembaikan yang dibuat telah rosak lagi disebabkan muatan kayu balak yang berlebihan.

 ??  ?? MARKUS
MARKUS
 ??  ?? KEADAAN jalan raya yang mengalami kerosakan di Long Pasia.
KEADAAN jalan raya yang mengalami kerosakan di Long Pasia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia