Utusan Borneo (Sabah)

625 pekebun kecil terima bantuan musim tengkujuh

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BONGAWAN: Seramai 625 pekebun kecil getah menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diadakan di Dewan Masyarakat Bongawan.

Salah seorang penerima Kadir Sabtu, 59, menyifatka­n pemberian bantuan daripada kerajaan itu sungguh bermakna kerana ianya sudah pasti dapat meringanka­n sedikit bebannya ekoran musim tengkujuh ini.

Kadir yang berasal dari Kampung Tanjung Giuk berkata, kerajaan yang ada pada ketika ini amat prihatin terhadap nasib rakyat yang sentiasa menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik dengan memberikan pelbagai kemudahan dan bantuan.

“Pada kesempatan ini saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan bantuan ini kepada pekebun kecil yang terjejas akibat musim tengkujuh ini, “katanya.

Salah seorang penerima lagi Jonius @ Kingkong, 60, turut menzahirka­n kegembiraa­nnya kerana menerima bantuan yang diberikan kerajaan kepada pekebun kecil.

“Saya amat gembira kerana menerima bantuan ini. Walau ada pihak mengatakan bahawa jumlah bantuan agak kecil namun pada saya ianya cukup besar dan amat bermakna sekali.

“Terima kasih kepada kerajaan serta wakil rakyat terutama Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Panglima Anifah Aman kerana sentiasa mengutamak­an kebajikan rakyat yang kurang bernasib baik, kata Jonius yang berasal dari Kampung Ulupus, Bongawan.

Dalam pada itu, Anifah yang juga Menteri Luar ketika ditemui pemberita memberitah­u, tidak ada kerajaan yang setanding Barisan Nasional (BN) berbanding kerajaan lain di dunia ini yang sentiasa mendengar ‘nadi rakyat’.

Jelas Anifah, kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak amat prihatin terhadap rakyat di negara ini sehingga menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an dan bantuan serta kemudahan.

“Tidak ada kerajaan yang mampu melaksanak­an pelbagai bantuan. Oleh itu, manfaatkan­lah ia dengan sebaiknya bagi membantu diri kearah yang lebih baik, “kata Anifah.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima menerima bantuan merakamkan gambar kenangan bersama Anifah sempena majlis itu.
SEBAHAGIAN penerima menerima bantuan merakamkan gambar kenangan bersama Anifah sempena majlis itu.
 ??  ?? SALAH seorang penerima menerima bantuan daripada Anifah sempena majlis itu.
SALAH seorang penerima menerima bantuan daripada Anifah sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia