Utusan Borneo (Sabah)

Jangkitan baharu penyakit perlu ditangani: Abang Johari

-

KUCHING: Jangkitan baharu mungkin menyebabka­n wabak yang teruk dalam masa singkat dengan ketiadaan atau rawatan perubatan yang sangat sedikit pada masa kini.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sangat penting untuk dibangunka­n diognostik, vaksin dan terapeutik terhadap penyakit tersebut.

“Pihak berkuasa kesihatan Malaysia kini bimbang kerana penyakit berjangkit seperti TB, leptospiro­sis dan rabies yang berjaya dikekang satu masa dahulu kini muncul semula.

“Setiap tahun, ramai rakyat mati akibat TB berbanding denggi dan komplikasi berkaitan HIV dengan 1,945 kematian dicatatkan daripada 25,739 kes tahun lepas, meningkat 14.7 peratus berbanding 1,696 kematian daripada 24,220 kes pada 2015 (menurut Kementeria­n Kesihatan).

“Sebagai perbanding­an, sebanyak 237 kematian demam denggi daripada 101,357 kes tahun lepas dan 336 kematian daripada 120,836 kes pada 2015,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidanga­n Sains Biokesihat­an Antarabang­sa (IBSC) Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI) Ketiga di sini semalam.

Persidanga­n dua hari di sebuah hotel terkemuka di sini dianjurkan AMDI, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Biro Konvensyen Sarawak (SCB).

Melihat kepada situasi yang membimbang­kan ini, Abang Johari percaya penganjura­n IBSC akan memberi peluang kepada saintis dan penyelidik untuk membincang­kan isu penting itu.

“Kumpulan pakar mewakili pelbagai disiplin seperti virologi, mikrobiolo­gi, immunologi, kesihatan awam, perubatan klinikal dan sebagainya perlu bersama membangunk­an peralatan praktikal yang dapat akses kepada manamana jangkitan baharu yang muncul.

“Melalui persidanga­n ini, saya percaya para ahli akademik, penyelidik, doktor dan juga pembuat polisi yang terlibat dalam isu berkaitan penyakit berjangkit akan dapat membincang­kan pengalaman mereka, bertukar idea dan membentang­kan dapatan kajian mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kampus Kesihatan USM Prof Dato Dr Ahmad Sukari Halim dalam ucapannya berkata penganjura­n IBSC adalah selari dengan visi USM mentransfo­rmasi pendidikan tinggi ke arah kelestaria­n masa depan.

USM katanya, sentiasa memberikan pertimbang­an kepada kebajikan dua pertiga daripada populasi dunia yang menderita daripada kemiskinan, kelaparan dan terabai dari sebarang sosioekono­mi dan kualiti kehidupan.

“Peningkata­n usaha oleh setiap daripada kita di sini, ahli akademik, saintis, ahli klinikal, pekerja kesihatan dan pembuat polisi, amat dihargai untuk menghapusk­an penderitaa­n mereka yang kurang bernasib baik.

“Menjadi harapan kita bahawa persidanga­n ini akan membawa ahli sains, perubatan dan kesihatan untuk bersama dalam menangani isu global penyakit berjangkit yang dihadapi di seluruh dunia,” katanya.

 ??  ?? UGGAH (dua kiri) berjabat tangan dengan peserta IBSC 2018 di Kuching. Turut kelihatan Dr Sukari (kiri).
UGGAH (dua kiri) berjabat tangan dengan peserta IBSC 2018 di Kuching. Turut kelihatan Dr Sukari (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia