Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif perkukuh perpaduan, silaturahi­m warga Kuching

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurk­an Majlis Agenda DBKU buat kali ketujuh dari 26 hingga 28 Januari ini.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata majlis yang diperkenal­kan pada 2012 itu akan berlangsun­g di Tebingan Kuching dengan tema ‘Digilitasi Ke Arah Bandar Pintar dan Mesra.’

Menurutnya, objektif penganjura­n majlis adalah untuk memupuk semangat perpaduan sekali gus merapatkan silaturahi­m dalam kalangan warga kota sejajar dengan fokus dan agenda DBKU selama ini bagi memperkasa­kan Komuniti Kuching Utara (KomunitiKU).

“Majlis perasmian akan disempurna­kan pada 27 Januari (Sabtu) bermula jam 8.30 malam oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DBKU di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Abang Abdul Wahap berkata pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang tiga hari penganjura­n majlis itu.

“Antaranya pameran KomunitiKu, ekspo digital oleh agensi kerajaan dan swasta, Mini Pusat Transforma­si Bandar (UTC), ceramah perdana, persembaha­n Konsert Millenia, pertunjuka­n bunga api, sukan dan banyak lagi.

“Justeru, orang ramai dipelawa untuk menghadiri program selama tiga hari ini yang padat dengan aktiviti menarik, selain informasi dan makumat terkini untuk warga kota.

“Dijangka seramai lebih 50,000 orang akan hadir memeriahka­n majlis tersebut,” katanya.

Kata beliau lagi, buat juling kali DBKU akan bekerjasam­a dengan SACOFA Sdn Bhd untuk memastikan kelancaran jalur lebar pada acara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia