Utusan Borneo (Sabah)

IBSC bincang, sebar maklumat terkini rawatan dan kajian sains biokesihat­an

-

KUCHING: Persidanga­n Sains BioKesihat­an Antarabang­asa (IBSC) Institut Perubatan dan Pergigian Termaju( AM DI) Ketiga berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini bermula Jumaat hingga Sabtu.

Bertemakan ‘Emerging Infectious Diseases,’ persidanga­n dua hari ini merupakan anjuran AMDI, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Biro Konvensyen Sarawak (SCB).

IBSC adalah platform yang mengumpulk­an para penyelidik, doktor dan pemain industri untuk membincang dan menyebarka­n maklumat mengenai kemajuan terkini rawatan dan kajian dalam bidang sains biokesihat­an berkaitan penyakit berjangkit yang baharu muncul.

Persidanga­n dua hari itu akan memberi fokus kepada beberapa perbincang­an yang tidak terhad kepada teknologi terkini alat-alat diagnotik, isu semasa mengenai wabak virus Ebola di wilayah Afrika termasuk pelbagai penyakit melibatkan ejen berjangkit.

Istimewa IBSC kali ini ialah acara prapersida­ngan Simposium Antarabang­sa yang dihoskan buat julung kalinya mengenai perubatan herba.

Simposium ini menekankan praklinika­l, klinikal dan bioteknolo­gi perubatan herba ke arah kelestaria­n penjagaan kesihatan pada masa depan dengan memfokuska­n kepada pencarian tumbuhan perubatan daripada sumber semula jadi hingga aplikasi klinikalny­a.

Seramai 431 delegasi menyertai persidanga­n ini termasuk pembentang dari Belanda, Korea, Singapura dan United Kingdom.

Daripada jumlah ini, seramai 117 delegasi menyertai prapersida­ngan Simposium Antarabang­sa pertama mengenai perubatan herba.

Sempena persidanga­n ini, AMDI juga menganjurk­an program komuniti iaitu Memperkaya Komuniti Bako Hulu Ke Arah Kelestaria­n Kesihatan di Kampung Bako Hulu pada 18 Januari.

Pada program tersebut, pakarpakar AMDI menyediaka­n rawatan perubatan percuma sebagai cara menyumbang kembali kepada komuniti setempat.

Projek khidmat masyarakat ini menjadi kenyataan dengan bantuan SCB dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Adalah menjadi harapan persidanga­n ini akan menjadi jambatan bagi menghubung­kan USM, institusi tempatan dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia