Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan acara merentas desa merosot

Akibat faktor cuaca sering hujan, laut bergelora dan kerosakan teruk jalan kampung

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Kejohanan Merentas Desa 2018 Majlis Sukan Sekolah (MSS) peringkat daerah Beluran berlangsun­g dengan jayanya walaupun dalam keadaan cuaca hujan renyai dengan laluan lebih mencabar akibat becak dan berlumpur.

Sukan pembuka tirai dalam takwim MSS 2018 itu dianjurkan oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) melalui Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran dan dikelolaka­n oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balaban Jaya Beluran, pada pagi Jumaat lalu.

Laluan bagi larian merentas desa itu bermula dan berakhir di padang SMK Balaban Jaya melalui beberapa jalan kampung dan kawasan kebun kelapa sawit yang agak mencabar, bukan sahaja laluan berlumpur malah berbukit-bukau.

Bagaimanap­un, kejohanan tetap berjalan lancar mengikut perancanga­n, kecuali satu insiden seorang peserta perempuan kategori bawah 12 tahun dari SK Sungai Nafas yang gagal menamatkan larian selepas terjatuh, hanya kira-kira 50 meter selepas pelepasan larian.

Turut terlibat membantu menjayakan kelancaran larian itu ialah anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran dan juga Unit Kecemasan (Ambulan) Hospital Beluran.

Terdapat juga beberapa ibu bapa pelajar yang turut sama berada di laluan (trek) larian untuk membantu, memantau dan menyaksika­n anak-anak mereka beraksi dalam acara sukan yang mencabar itu dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental para peserta.

Kehadiran mereka (ibu bapa) menunjukkk­an komitmen dan tanda sokongan terhadap program itu, selain meningkatk­an motivasi dan menyemarak­kan lagi semangat kesukanan dan perjuangan para peserta untuk bersaing menempatka­n diri pada kedudukan yang terbaik.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola yang juga Pengetua Cemerlang SMK Balaban Jaya, Myrene Gidung berkata, kejohanan itu mendapat sambutan memberangs­angkan dengan penyertaan seramai 135 pelajar dari 18 sekolah, termasuk empat sekolah menengah, daripada sejumlah 53 sekolah di daerah Beluran.

Katanya, selain melaksanak­an program di bawah aktiviti sukan dan kokurikulu­m berdasarka­n takwim sukan MSS 2018, ia juga bertujuan memilih 36 orang atlet terbaik untuk mewakili MSSD Beluran ke Kejohanan Merentas Desa peringkat Bahagian Sandakan.

Menurutnya, kejohanan peringkat Bahagian Sandakan melibatkan empat daerah iaitu Sandakan, Kinabatang­an, Beluran dan Telupid selaku tuan rumah dan pengelola kejohanan itu yang akan diadakan di SMK Tongod Telupid pada 24 Januari ini.

M y r e n e berkata, kejohanan itu mempertand­ingkan tiga kategori umur iaitu lelaki dan perempuan bawah 18 dan 15 tahun untuk sekolah menengah dan bawah 12 tahun untuk murid sekolah rendah.

Jarak larian peserta ialah 7 kilometer (km) bagi kategori lelaki bawah 18 (L18) tahun, 6 km bagi perempuan (P18), lelaki dan perempuan bawah 15 tahun dan 4 km bagi kategori sekolah rendah (bawah 12 tahun).

Pada kejohanan itu, peserta SMK Beluran II paling menyerlah apabila berjaya menempatka­n sembilan daripada 24 peserta yang dipilih mewakili daerah Belu ran ke peringkat bahagian Sandakan.

Ia diikuti SMK Balaban Jaya (6 peserta mewakili daerah), SMK Beluran (5) dan SMK Pamol (4).

Manakala SMK Simpangan (di Paitan, Beluran) dan SMK Terusan Sugut Beluran tidak dapat menghantar peserta ke kejohanan itu ekoran keadaan cuaca hujan dan laut bergelora.

Atlet SMK Pamol, Andrew Paul Lius mngekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu apabila muncul johan (L18), naib johan Mohd Zulfazal (SMK Beluran II) dan ketiga Mohd Riduan, juga dari SMK Beluran II.

Turut terpilih mewakili MSSD Beluran ialah Mohd Redzuan Effandy dan Youshrine Kaprin (SMK Balaban Jaya) dan Mohd Nurizudin (SMK Beluran II) yang masing-masing menduduki tempat ke-4 hingga ke-6.

Kategori perempuan bawah 18 tahun (P18) pula menyaksika­n kehebatan atlet SMK Balaban Jaya, Fitry Nor Syazwana Sainal menduduki tempat pertama, diikuti Balqis Nadirah Amirah Jumat (naib johan) dan Rosie Olvina (ketiga), kedua-duanya dari SMK Pamol, Siti Noor Diana Lajini (SMK Beluraan II), Asmawati Hardayani Johan (SMK Balaban Jaya) dan Fatihah Siman (SMK Beluran II).

Bagi kategori L15, atlet SMK Beluran, Ismail Miasin muncul johan, diikuti Muhd Khairul Francis (naib johan - SMK Beluran II), Mahathir Eruan Ali (ketiga - SMK Balaban Jaya), manakala Isflomixom­n Lim (SMK Pamol), Mohd Nafuzi Ibrahim (SMK Beliran II) dan Rian Handry Richard (SMK Beluran) masing-masing menduduki tempat ke-4 hingga ke-6 dan turut layak mewakili MSSD Beluran ke peringkat Bahagian Sandakan.

Kategori P15, atlet SMK Beluran Julia Sudulami yang merupakan pemenang tempat kedua tahun lalu, kini meraih tempat pertama (johan), meletakkan rakan sekolahnya Nurul Syaera Abdu Rokman di tempat kedua dan Joyce Philip (SMK Beluran II)menduduki tempat ketiga.

Pemenang ke-4 hingga ke6 P15 terdiri daripada Sakinah Arwana Awang Arbain (SMK Balaban Jaya), Dania David (SMK Beluran) dan Nurlisa Cipa (SMK Beluran II).

Bagi kategori sekolah rendah (L12), peserta SK Bala ban Jaya mengunggul­i nya apabila pemenang tempat pertama lelaki dan perempuan dimenangi peserta sekolah berkenaan.

Mohd Zulqar Naim menduduki tempat pertama (L12), diikuti Mohd Aizat Khairil (SK Ulu Muanad), Mohd Rafidi (SK Sg Nangka), Josilin (SK Binsulung), Mohd Zil Ai-Aiman dan Suharmin (SK Balaban Jaya).

Murid Tahun 5 SK Balaban Jaya, Salona Sedirick mencuri tumpuan apabila memenangi tempat pertama kategori P12, Nur Hafiza Ain Azani (SK Pekan) di tempat kedua dan Fatiha Maisara (SK Ulu Muanad) ketiga.

Tiga lagi peserta yang turut layak mewakili M S S D Belu ran ke kejohanan merentas desa peringkat Bahagian Sandakan di SMK Tongod Telupid ialah Bernetha Mensi dan Helda Joe (kedua-duanya dari SK Ladang Sabapalm) dan Maslinda Mokrin (SK Balaban Jaya).

Majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) Beluran, Malik Tajim yang juga Penyelia Unit Sukan, Pejabat Pendidikan Daerah Beluran.

Mengulas mengenai kejohanan itu, Malik berkata jumlah penyertaan merentas desa peringkat daerah Beluran 2018 menurun atau merosot berbanding tahun lalu disebabkan faktor cuaca yang sering hujan, malah terdapat banyak jalan kampung dan sekolah di kawasan pedalaman di Sugut dan Paitan sukar dilalui kenderaan.

“Ini menyebabka­n pihak sekolah berhadapan kesukaran membawa murid (peserta) untuk menyertai kejohanan merentas desa iaitu sukan yang paling awal dilaksanak­an berdasarka­n kalendar tahunan MSS Sabah,” katanya.

Menurutnya, banyak sekolah di kawasan Sugut, Paitan dan Labuk amat berminat menghantar peserta ke kejohanan itu, namun faktor cuaca dan kerosakan jalan kampung yang teruk ekoran musim tengkujuh, ternyata membatasi hasrat itu dan menyebabka­n mereka terlepas peluang untuk menyerati kejohanan merentas desa pada tahun ini.

Antara sekolah yang terlibat dengan kerosakan jalan kampung ialah SK Monopod, SK Abuan, SK Matanggal, SK Pantai Boring, SK Maidan, SK Pinangkau, SK Golong dan SK Tampat, Beluran.

Manakala sekolah yang terpaksa membatalka­n penyertaan merentas desa akibat faktor keselamata­n iaitu cuaca hujan dan ombak laut bergelora, selain kekangan kos pengangkut­an sewa bot yang tinggi ialah SK Keniogan, SK Terusan Sugut, SK Tetabuan serta tiga sekolah yang terletak di Pulau Jambongan iaitu SK Jambongan, SK Malalin dan SK Limau-limau.

Bagaimanap­un, Malik merakamkan penghargaa­n dan tahniah kepada beberapa sekolah yang tetap bersemanga­t dan berkorban untuk menghantar peserta ke kejohanan itu seperti SK Binsulung (di Sugut Paitan) yang terletak lebih 200 kilometer dari Pekan Beluran dan merupakan peserta paling jauh menyertai kejohanan itu, selain SK Basai Baru, SK Sualok dan SK Ladang Sabapalm serta SMK Pamol.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Kanan Kokurikulu­m (PKK) SMK Balapan Jaya Senguan Musa, PKK SMK Pamol Jasni Galdan, wakil Yang Dipertua (Y D P) M G B Belu r anyang juga PKK SK Moynod Beluran, Noho Salleh dan para jurulatih serta guru-guru pengiring peserta kejohanan.

 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG kategori 12 yang terpilih mewakili MSSD Beluran bersama Malik (dua kanan), Senguan Musa dan Myrene Gidung (tengah) serta para jurulatih/guru pengiring.
PEMENANG kategori 12 yang terpilih mewakili MSSD Beluran bersama Malik (dua kanan), Senguan Musa dan Myrene Gidung (tengah) serta para jurulatih/guru pengiring.
 ??  ?? PESERTA SK Sg Nafas yang terjatuh, gagal meneruskan larian dan dibantu sukarelawa­n bertugas pada kejohanan itu.
PESERTA SK Sg Nafas yang terjatuh, gagal meneruskan larian dan dibantu sukarelawa­n bertugas pada kejohanan itu.
 ??  ?? JULIASubdu­lami(johanP15)menerimaha­diahdisamp­aikan Malik Tajim.
JULIASubdu­lami(johanP15)menerimaha­diahdisamp­aikan Malik Tajim.
 ??  ?? ATLET merentas desa seramai 36 orang yang mewakili MSSD Beluran ke peringkat Bahagian Sandakan di Tongod bergambar kenangan bersama Malik Tajim (kiri) dan Myrene Gidung (kanan).
ATLET merentas desa seramai 36 orang yang mewakili MSSD Beluran ke peringkat Bahagian Sandakan di Tongod bergambar kenangan bersama Malik Tajim (kiri) dan Myrene Gidung (kanan).
 ??  ?? (gambar atas) BARISAN 12 atlet kategori bawah 18 tahun yang bakal membawa cabaran MSSD Beluran di Tongod pada 24 Januari bersama Senguan Musa (empat kiri), Myrene Gidung dan Malik Tajim.
(gambar atas) BARISAN 12 atlet kategori bawah 18 tahun yang bakal membawa cabaran MSSD Beluran di Tongod pada 24 Januari bersama Senguan Musa (empat kiri), Myrene Gidung dan Malik Tajim.
 ??  ?? PESERTA mempamerka­n kesungguha­n dan bersemanga­t tinggi dalam acara sukan merentas desa MSSD Beluran.
PESERTA mempamerka­n kesungguha­n dan bersemanga­t tinggi dalam acara sukan merentas desa MSSD Beluran.
 ??  ?? 12 peserta terpilih kategori bawah 15 tahun bersama Myrene Gidung (tengah), Senguan Musa dan Malik Tajim.
12 peserta terpilih kategori bawah 15 tahun bersama Myrene Gidung (tengah), Senguan Musa dan Malik Tajim.
 ??  ?? JOSILIN dari SK Binsulung Sugut turut terpilih mewakili MSSD Beluran.
JOSILIN dari SK Binsulung Sugut turut terpilih mewakili MSSD Beluran.
 ??  ?? MALIK (kanan) menyampaik­an hadiah kepada Andrew Paul, johan L18.
MALIK (kanan) menyampaik­an hadiah kepada Andrew Paul, johan L18.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia