Utusan Borneo (Sabah)

Hadapi dua kelab yang beraksi dalam liga utama negara itu

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah dapatkan kembali perlawanan persahabat­an di Filipina yang sebelum ini tidak jadi.

Pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim berkata, Sabah akan ke Filipina minggu depan untuk dua perlawanan persahabat­an menentang dua kelab Liga Bola Sepak Filipina (PFL) iaitu liga utama negara itu.

Pasukan Sabah yang dijadualka­n berangkat pada Isnin akan menentang Global Cebu FC untuk perlawanan pertama pada 23 Januari manakala perlawanan kedua menentang Kaya FC Makati pada 25 Januari.

“Kami sebenarnya telah cubadapatk­antigaperl­awanan tetapi kerana kesuntukan masa dengan saingan sebenar (Liga Premier) yang sudah dekat, kita dapat dua (perlawanan) sahaja.

“Mungkin sudah agak lewat tetapi sekurang-kurangnya kita ada perlawanan yang diperlukan bagi menguji kemampuan sebenar pasukan. Kita akan manfaatkan sepenuhnya perlawanan ini bagi mendapatka­n rentak pasukan,” kata Juil ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Sabah telah melengkapk­an senarai 30 pemain dengan penyerang dan ketua pasukan Puerto Rico, Hectoor Omar Ramos Lebron (Pito) sebagai pemain import keempat. Bagaimanap­un ketua jurulatih, Jelius Ating dijangka hanya akan membawa 20 pemain bagi menghadapi perlawanan di Filipina itu.

Global Cebu menduduki tempat keempat manakala Kaya FC Makati di tangga ketiga di kalangan lapan pasukan dalam saingan PFL musim lalu.

Kedua-dua pasukan juga layak ke saingan Siri Final negaraituy­angdiperun­tukkan kepada empat pasukan teratas liga PFL dimana Global Cebu menduduki tempat kedua manakala Kaya tempat keempat.

Siri Final itu terus bermula dengan saingan separuh akhir yang dijalankan secara timbal balik.

Perlawanan separuh akhir menyaksika­n Global Cebu membuat kejutan apabila menumpaska­n juara liga, Meralco Manila dengan agregat 3-2, menang 2-1 perlawanan pertama dan seri 1-1 pada perlawanan kedua.

Kaya pula kecundang dengan agregat 1-3 ditangan naib juara liga Ceres Negros, kalah 1-0 perlawanan pertama dan 1-2 pada perlawanan kedua.

Pada perlawanan akhir, Global Cebu kalah 14 ditangan Ceres Negros manakala Kaya kecundang 1-3 di tangan Meralco pada penentuan tempat ketiga.

“Saya percaya ia akan menjadi perlawanan pemanas badan terbaik buat pasukan kita sebelum saingan Liga Premier,” kata Juil.

Sabah akan memulakan cabaran Liga Premier musim ini menentang Terengganu FC II di Stadium Likas pada 2 Februari.

“Kami sebenarnya telah cuba dapatkan tiga perlawanan tetapi kerana kesuntukan masa dengan saingan sebenar (Liga Premier) yang sudah dekat, kita dapat dua ” (perlawanan) sahaja. DATUK JUIL NUATIM Pengurus pasukan Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia