Utusan Borneo (Sabah)

Garin penolong pengurus pasukan Sabah

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) telah melantik Redzuan Ismail (gambar) sebagai penolong pengurus pasukan Sabah musim ini.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Garin adalah antara orang penting dalam pembanguna­n bola sepak di Papar termasuk menjadi pengurus pasukan Papar dalam beberapa kejohanan tempatan dan peringkat negeri

Sambil berterima kasih kepada SAFA terutama Ketua Menteri yang juga Presiden SAFA, Tan Sri Musa Aman, beliau menyifatka­n perlantika­nnya itu sebagai satu amanah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungja­wab.

“Saya akan cuba beri apa yang termampu bagi membantu pasukan. Saya juga yakin dapat menjadi gandingan baik kepada pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim kerana kami ini sama-sama dari Papar... sama-sama banyak terlibat dalam pembanguna­n bola sepak.

“Saya percaya skuad Sabah kita sekarang sudah berada di landasan yang baik dan kehadiran saya cuma sebagai tambahan untuk samasama memajukan pasukan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau percaya dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, Sabah boleh kembalikan zaman kegemilang­annya.

“Apa yang penting, semua harus bersatu bagi membantu dan menyokong pasukan untuk maju. Adalah menjadi harapan kami agar sokongan penyokong akan lebih jitu musim ini kerana ia akan memberi impak yang baik kepada pasukan terutama pemain semasa bertarung di padang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia