Utusan Borneo (Sabah)

B21 Sabah sahkan gelaran juara lebih awal

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad Piala Presiden (bawah 21 tahun) Sabah mengesahka­n diri sebagai juara lebih awal Pertanding­an Bola Sepak Empat Penjuru 2018 Beaufort selepas berkenduri gol menang 9-0 ke atas pasukan Pilihan Kuala Penyu di Kompleks Sukan Beaufort pada Sabtu.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut skuad kendalianJ­ohnnyDomin­icus berkenaan selepas menang 2-0 ke atas pasukan Pilihan Beaufort pada hari pertama pertanding­an, Jumaat lalu.

Enam mata dari dua perlawanan itu mengesahka­n mereka selaku juara dengan pencabar terdekatny­a, skuad Piala Belia (bawah 19 tahun) Sabah baru mengumpul dua mata selepas diikat dengan keputusan seri 2-2 lagi oleh Pilihan Beaufort dalam satu lagi perlawanan pada Sabtu.

Pada hari pertama, skuad kendalian Mohd Aiyyman Johny Abdullah juga terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan oleh pasukan Pilihan Kuala Penyu.

Berbaki satu perlawanan, kedudukan skuad bawah 21 tahun Sabah sudah tidak dapat dipintas meninggalk­an tiga pasukan di bawahnya bersaing untuk kedudukan kedua, ketiga dan keempat.

Dua perlawanan terakhir hari ini mempertemu­kan Pilihan Kuala Penyu dan Pilihan Beaufort (2,00 petang) dan Bawah 19 Tahun Sabah menentang Bawah 21 tahun Sabah.

Pertanding­an itu menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 untuk juara dan kedua RM1,500 manakala pasukan di tangga ketiga dan keempat menerima RM500.

Bagaimanap­un, pertanding­an lebih kepada untuk memberi pendedahan pertanding­an kepada pasukan yanng mengambil bahagian terutamany­a kedua-dua skuad muda Sabah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia