Utusan Borneo (Sabah)

Aubameyang masih ada masa depan di Dortmund

-

BERLIN: Borussia Dortmund menegaskan Pierre-Emerick Aubameyang ada masa depan di kelab itu, walaupun dia tidak disenaraik­an dalam skuad yang seri 1-1 dengan Hertha Berlin pada Jumaat dalam Bundesliga.

Aubameyang, penjaring terbanyak dalam liga utama Jerman pada musim lepas, turut digugurkan untuk keputusan seri tanpa jaringan dengan Wolfsburg di stadium sendiri pada Ahad lalu.

Jurulatih Dortmund Peter Stoeger membuat keputusan untuk mengetepik­an pemain antarabang­sa Gabon itu sekali lagi di tengah-tengah laporan bahawa dia mahu berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal, yang dijangka akan melepaskan penyerang Alexis Sanchez kepada Manchester United.

“Perkarakon­krit tidak ada di atas meja, hanya banyak angin sahaja,” kata pengarah sukan Dortmund Michael

Zorc kepada Eurosport apabila ditanya tentang khabar angin berhubung Arsenal.

“Kami sedang merancang bersama Pierre-Emerick Aubameyang dan terdapat cara untuk kembali ke dalam pasukan baginya, tetapi profesiona­lisme adalah sebahagian daripadany­a.

“Ia termasuk menyatakan anda telah membuat kesilapan dalam satu situasi atau situasi lain.” Aubameyang dikenakan tindakan disiplin oleh Dortmund buat kali ketiga dalam tempoh 16 bulan selepas dia tidak menghadiri mesyuarat pasukan pada hujung minggu lepas. Stoeger berkata pemain berusia 28 tahun itu masih boleh mendapatka­n semula tempatnya dalam pasukan untuk perlawanan menentang Freiburg di stadium sendiri pada hujung minggu depan. “Sepanjang minggu dia bagus dalam latihan, dan sebab itulah saya menyatakan di sidang akhbar saya bahawa dia akan berada dalam pasukan,” kata Stoeger, bekas jurulatih Cologne, selepas perlawanan di Berlin. “Tetapi di latihan terakhir, saya cuma rasa dia tidak fokus sepenuhnya. Ia adalah perlawanan yang sangat penting dan kami mempunyai begitu ramai pemain berkualiti sehinggaka­n saya memilih pemain lain. “Tetapi saya memilih kumpulan setiap minggu. Dia ada masa untuk menunjukka­n dia mahukannya. Jika dia memberikan segalanya pada ming gu depan, dia akan berada dalam skuad.” Keputusan seri kedua berturuttu­rut menyaksika­n Dortmund melepaskan peluang untuk naik ke tempat kedua, sekurang-kurangnya buat sementara waktu, dalam Bundesliga, selepas pasukan Stoeger sekali lagi tumpul tanpa Aubameyang.

Andre Schuerrle, yang bermain di hadapan di tempat Aubameyang, mengakui spekulasi itu telah mengganggu pasukan Dortmund.

”Kami mengadakan banyak mesyuarat dalaman mengenainy­a, ia menjengkel­kan kerana ia bukan mengenai bola sepak dan saya harap ia akan diputuskan tidak lama lagi,” kata pemain antarabang­sa Jerman itu.

Selepas babak pertama tanpa jaringan di Stadium Olimpik di Berlin, pasukan tuan rumah Hertha menjaringk­an gol pendahulua­n hanya 42 saat sahaja selepas babak kedua bermula.

Valentino Lazaro melakukan hantaran lintang dari sayap kiri dan penyerang Berlin Davie Selke menolak bola ke dalam gawang selepas Sokratis, pemain pertahanan Dortmund, didapati tidak cukup pantas.

Selepas ketinggala­n, Dortmund meningkatk­an lagi tekanan dan pemain antarabang­sa Amerika Syarikat Christian Pulisic memaksa penjaga gol pasukan tuan rumah Thomas Kraft untuk bertindak bagi menyelamat­kan gol.

Hertha sekali lagi meletakkan bola ke dalam gawang pada minit ke-62 apabila Ondrej Duda menolak bola ke dalam, tetapi pemain tengah itu ofsaid ketika Salomon Kalou memberi hantaran terakhir.

Dortmundme­masukipema­in remaja Sweden Alexander Isak untuk bermain di hadapan bagi tempoh 23 minit terakhir.

Pertukaran itu membuahkan hasil apabila Isak dan penyerang Bawah 19 England Jadon Sancho membantu merampas bola jauh dalam kawasan Berlin.

Hantaran lintang awal Sancho telah disekat, tetapi pemain berusia 17 tahun itu menolak bola kepada Shinji Kagawa pada cubaan kedua dan pemain tengah Jepun itu menanduk masuk gol penyamaan 19 minit sebelum tamat. - AFP

 ?? - Gambar REUTERS ?? SHINJI KAGAWA (kanan) menjaringk­an gol penyamaan untuk Borussia Dortmund ketika menentang Herta Berlin di Olympiasta­dion, Berlin pada Jumaat.
- Gambar REUTERS SHINJI KAGAWA (kanan) menjaringk­an gol penyamaan untuk Borussia Dortmund ketika menentang Herta Berlin di Olympiasta­dion, Berlin pada Jumaat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia