Utusan Borneo (Sabah)

Carrick bersara hujung musim ini

-

MANCHESTER: Jose Mourinho telah mengesahka­n kapten kelab Manchester United Michael Carrick (gambar) akan bersara pada hujung musim ini sebelum dia menyertai kakitangan kejurulati­hannya untuk meneruskan karier pasca pemain.

Veteran berusia 36 tahun itu selama ini dibelenggu masalah kecederaan dan penyakit pada musim ini dan terhad kepada satu penampilan, dalam perlawanan Piala Liga pada September lalu menentang Burton.

Bekas pemain antarabang­sa England itu malah menjalani prosedur kecil untuk menyelesai­kan masalah jantung dan Mourinho sudah mendedahka­n bahawa Carrick akan ditawarkan jawatan jurulatih bersama skuad pasukan utama United bila-bila sahaja dia mahu.

Mourinho percaya Carrick, yang berlatih semula sepenuhnya, akan kembali ke padang pada separuh kedua musim ini tetapi turut mengesahka­n pemain tengah itu sudah membayangk­an dia mahu menerima peranan jurulatih pada hujung kempen ini.

“Saya rasa dia akan bermain semula,” kata Mourinho, pengurus United, kepada pemberita kelmarin.

“Dia ada beberapa bulan tanpa sebarang latihan, jadi sekarang dia memasuki minggu latihan keduanya bersama pasukan.

“Dia boleh menjadi pemain yang sangat penting untuk kami. Saya rasa keputusan untuk bersara pada hujung musim dan bu- lan pada minggu lepas, saya rasa ia adalah keputusan yang baik untuk pasukan dan keputusan yang baik untuknya berhenti bermain bola sepak dan bukan kerana dia cedera atau ada masalah.

“Jadi semua kami gembira dan pada hujung musim saya menjangka dia akan menyertai kakitangan, jika dia tidak mengubah fikiran.”

Mourinho, yang bakal menandatan­gani lanjutan kontrak sebagai pengurus

United, jelas sudah merangka rancangan untuk musim panas ini di Old Trafford.

-AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia