Utusan Borneo (Sabah)

Danish, Haifa Asheeya juara rentas desa

Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Weston

-

BEAUFORT: Danish Dahli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Maraba dan Haifa Asheeya dari SK.Weston masing-masing muncul juara kategori lelaki dan perempuan bawah 12 pada Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan SekolahSek­olah ( MSSS) Zon Weston yang berlangsun­g di SK.Lumadan dekat sini baru-baru ini.

Bagi kategori lelaki, naib johan dimenangi oleh Ramadhan Puasa dari SK.Karangan, dan di tempat ketiga dimenangi oleh rakan sepasuknny­a Md.Shahmitlee.Tiga peserta lain masing-masing dimenangi Mohd.Azuan Zepanya dari SK.Weston , tempat keempat, Daniel Asley dari SK.Karangan sementara Shajririn dari SK.Lubok ditempat keenam.

Dalam kategori perempuan, naib johan dimenangi oleh Noor Natasyadar­iSK.Lingkungan ,tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Nurul Farisah dan rakan sepasukann­ya Nabilah. Manakala tempat ke lima dan keenam dimenangi oleh Nurain Natasha dan Diana Veruh kedua-duanya mewakili SK.Maraba.

Setiausaha MSS Zon Weston, Raimey Yusof berkata, kesemua peserta yang berjaya memenangi kejuaraan sehingga tempat keenam bagi setiap kategori layak mewakili MSS Zon Weston ke Kejohanan Merentas Desa peringkat MSS Daerah Beaufort di Zon Gadong, Beaufort selaku tuan rumah pada tahun ini.

Katanya, SK.Lumadan yang bakal menjadi tuan rumahMSSZo­nWeston201­9 dipilih menjadi tuan rumah mengelolak­an kejohanan ini dengan mendapat kerjasama SK.Karangan yang menjadi tuan rumah MSS Zon Weston 2018 disertai tujuh buah sekolah lain yang berada dalam zon ini.

“Pemilihan kedua-dua sekolah ini merupakan satu tanggungja­wab dan perlu dilakukan bersama untuk menjadikan penganjura­n kali ini adalah yang terbaik,” katanya.

Beliau merakam ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua ahli jawatankua­sa pengelola dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) yang berusaha memastikan kelancaran pengelolaa­n kejohanan ini sehingga terlaksana dengan berjaya.

“Kesemua peserta yang berjaya memenangi kejuaraan sehingga tempat keenam bagi setiap kategori layak mewakili MSS Zon Weston ke Kejohanan Merentas Desa peringkat MSS Daerah Beaufort di Zon Gadong, Beaufort selaku tuan rumah pada ” tahun ini. RAIMEY YUSOF Setiausaha MSS Zon Weston

 ??  ?? AHLI JAWATANKUA­SA pengelola bersama PDRM yang bertugas mengabadik­an kenangan selepas kejohanan itu.
AHLI JAWATANKUA­SA pengelola bersama PDRM yang bertugas mengabadik­an kenangan selepas kejohanan itu.
 ??  ?? PESERTA yang berjaya pada Kejohanan Merentas Desa MSS Zon Weston 2018.
PESERTA yang berjaya pada Kejohanan Merentas Desa MSS Zon Weston 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia