Utusan Borneo (Sabah)

Spurs tanpa Lloris hadapi Southampto­n

-

LONDON: Tottenham Hotspur mungkin akan bermain tanpa penjaga gol Perancis Hugo Lloris apabila pengurus Mauricio Pochettino membawa kelab London itu ke kelab lamanya Southampto­n dalam Liga Perdana Inggeris pada malam ini (Ahad).

Lloris tidak berlatih kelmarin kerana sakit dan Pochettino berkata: “Saya tidak tahu mengenai Hugo. Ia sukar untuk dinyatakan, kita perlu tunggu dan menilainya. Saya rasa ia adalah selesema atau virus. Semua orang dengan cuaca ini pasti akan bergelut sedikit.”

Berita lebih baik tiba untuk penyokong Spurs apabila Pochettino mengesahka­n Toby Alderweire­ld akan berlatih semula semalam.

Pemain pertahanan Belgium itu tidak bermain sejak November lalu kerana masalah hamstring dan Spurs sudah menyasari perlawanan pusingan keempat Piala FA pada minggu depan menentang Newport County sebagai tarikh untuknya kembali bermain.

“Mengenai Toby, kita harap dia dapat melakukan sedikit senaman bersama kumpulan pada Sabtu,” kata Pochettino.

“Kami akan menempuh waktu yang sangat sibuk dan kami memerlukan semua skuad untuk bermain.

“Jika semuanya berjalan lancar, dia akan memanaskan badan bersama pasukan dan akan diserapkan secara perlahan-lahan bersama kumpulan. Dia akan bersedia secepat mungkin.

“Mungkin dia akan bermain dalam Piala FA, kami ada sepanjang minggu dan kami akan lihat sama ada dia berada dalam kedudukan yang baik atau tidak untuk bermain.”

Kini sudah lima tahun sejak pengurus dari Argentina itu mengambil alih jawatan di St Mary’s pada 2013, sebelum dia membimbing Southampto­n selama 18 bulan.

“Iasentiasa­istimewa,iaadalah waktu yang menakjubka­n, satu setengah tahun, ia menakjubka­n bagi kami dan keluarga kami,” katanya.

“Pada hari ini, lima tahun lalu, merupakan penampilan sulung kami menentang Everton dan kami hanya tahu satu atau dua perkataan dalam bahasa Inggeris.

“Southampto­n membuka pintu di England untuk kami. Itu sangat penting bagi saya, saya begitu bangga. Saya ada beberapa pengajaran, tidak terlalu banyak.

“Saya tidak tahu apa-apa sebelum ini kerana saya bercakap dalam bahasa Sepanyol, sekarang tahu berbahasa Inggeris adalah menakjubka­n, saya melihat perspektif berlainan.

“Saya begitu bangga menjadi sebahagian daripada sejarah Southampto­n, ia amat bermakna. Ramai orang menyukai kami dan kami menyukai mereka.”

Spurs memburu tempat dalam Liga Juara-Juara tetapi prestasi Southampto­n ternyata buruk, duduk hanya satu mata dan satu tempat sahaja di luar kelompok tiga tercorot. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia