Utusan Borneo (Sabah)

Pungutan cukai sumbang kepada pembanguna­n negara

Pungutan cukai sumbang kepada pembanguna­n negara

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pungutan hasil cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) secara langsung menyumbang kepada pembanguna­n negara sekaligus menjadikan Malaysia diiktiraf dan dikenali di rantau Asia dan di peringkat antarabags­a.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak berkata, hal ini menyebabka­n tugas dan tanggungja­wab jabatan kerajaan itu amat diperlukan dalam memacu perkembang­an ekonomi negara.

“Melalui pungutan cukai yang disumbangk­an oleh jabatan ini, kerajaan dapat

“Kemajuan dan pembanguna­n yang kita kecapi hari ini adalah hasil pungutan cukai langsung dan cukai tidak langsung sehingga menjadikan Malaysia diiktiraf dan berdaya maju ” di rantau Asia dan Antarabang­sa DATUK SERI PANGLIMA SALLEH TUN SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

membelanja­kannya dalam gagasan pembanguna­n negara.

“Kemajuan dan pembanguna­n yang kita kecapi hari ini adalah hasil pungutan cukai langsung dan cukai tidak langsung sehingga menjadikan Malaysia diiktiraf dan berdaya maju di rantau Asia dan Antarabang­sa,” katanya ketika melancarka­n Program Kayuhan Amal Kastam 1 Malaysia( K A K 1 M ), di Padang Merdeka, pada pagi Sabtu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Bon Hai.

Sementara itu Salleh berkata, acara amal berbasikal adalah hasil terjemahan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memastikan semua agensi kerajaan bekerjasam­a di bawah Strategi Lautan Biru kebangsaan (NBOS).

Selain itu katanya, acara seumpama itu bertujuan memupuk semangat kerjasama, toleransi, kesabaran dan ketahanan fizikal yang bukan hanya untuk agensi kerajaan tetapi kepada semua peserta termasukla­h peminat berbasikal.

“Aktiviti berbasikal juga adalah aktiviti yang mesra alam dan juga aktiviti yang mudah dan murah untuk diselengga­ra.

“Melalui usaha itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terus menyediaka­n banyak laluan berbasikal di sekitar ibu negeri, terutamany­a di sepanjang Tanjung Lipat dan Teluk Likas,” katanya.

Justeru, beliau mengajak orang ramai supaya mengambil peluang menggunaka­n laluan berbasikal dan joging untuk keselesaan dan keselamata­n bersama.

Terdahulu, kira-kira 900 peserta dari 88 pasukan dari pelbagai agensi kerajaan mengambil bahagian dengan melalui jarak kayuhan sehingga 30 kilometer bermula dari Padang Merdeka ke Tanjung Aru seterusnya ke UMS sebelum berakhir di Padang Merdeka semula.

Turut hadir ialah Pesuruhjay­a Kastam Sabah Datuk Hamzah Sundang, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Datuk Razaruddin Hussain, Setiausaha Tetap Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj Awang Damit Awang Anak, dan Presiden Persatuan Down Syndrome Kota Kinabalu Dr Fauziah Zainal Abidin.

 ??  ??
 ??  ?? TETAMU kehormat merakam gambar bersama peserta pada acara berkenaan.
TETAMU kehormat merakam gambar bersama peserta pada acara berkenaan.
 ??  ?? TETAMU kehormat turut sama mengambil bahagian dalam acara KAK1M yang berlangsun­g kelmarin.
TETAMU kehormat turut sama mengambil bahagian dalam acara KAK1M yang berlangsun­g kelmarin.
 ??  ?? SESI pelepasan peserta yang disempurna­kan oleh barisan tetamu kehormat.
SESI pelepasan peserta yang disempurna­kan oleh barisan tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia