Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk bandaraya digalak daftar beli PR1MA@Manggatal

- Oleh YAP SIONG HAN

PENDUDUK sekitar Bandaraya Kota Kinabalu khususnya Sepanggar digalakkan mengambil peluang mendaftar seterusnya membeli projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, projek PR1MA@Manggatal menawarkan sebanyak 1,200 unit yang berharga di antara RM243,600 sehingga RM300,000.

“PR1MA menawarkan dua jenis saiz rumah iaitu yang berkeluasa­n 850 kaki persegi dan juga 1,000 kaki persegi.

“Ini adalah satu lagi kejayaan kerajaan kita menawarkan kediaman kos sederhana kepada mereka yang belum memiliki rumah khususnya kepada pembeli rumah pertama,” katanya kepada pemberita ketika meninjau PR1MA Open Day (POD), di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Beliau berharap penduduk Sepanggar dan sekitar bandaraya ini mengambil peluang mendaftar dan beli rumah yang ditawarkan PR1MA memandangk­an kedudukann­ya sangat strategik.

Katanya, pembinaan PR1MA@Manggatal akan dimulakan dalam tempoh dua bulan ini dan dijangka siap sepenuhnya tiga tahun kemudian.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa melaksanak­an lebih banyak rumah mampu milik di Sabah dan berharap rakyat kita mengambil peluang yang disediakan.

“PR1MA@Manggatal adalah rumah PR1MA pertama di bandaraya ini,” katanya.

PR1MA@Manggatal mempunyai keluasan tapak seluas 22.50 ekar yang akan memuatkan pelbagai fasiliti seperti dewan serbaguna, surau, pusat asuhan kanakkanak dan banyak lagi.

Antara projek PR1MA di Sabah adalah PR1MA@ Borneo Cove (999 unit), PR1MA@Kota Marudu (360 unit), PR1MA@ Ranggu (1,300 unit), PR1MA@Kinarut South (502 unit), PR1MA@ Sandakan City Centre (750 unit), PR1MA@Kota Marudu 2 (360 unit) dan PR1MA@Manggatal (1,200 unit).

POD diadakan selama dua hari bermula 20 sehingga 21 Januari, pembeli juga ditawarkan Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) untuk tujuan memudahkan lagi proses pembiayaan PR1MA.

 ??  ?? ANTARA pengunjung yang sedang mendaftar ketika POD, di Kota Kinabalu.
ANTARA pengunjung yang sedang mendaftar ketika POD, di Kota Kinabalu.
 ??  ?? HAJIJI (kiri) meninjau model PR1MA@Manggatal.
HAJIJI (kiri) meninjau model PR1MA@Manggatal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia