Utusan Borneo (Sabah)

Berhenti guru jadi usahawan muda

Ingin bantu belia jana pendapatan

- Oleh SADDAM EDRIS

MUNGKIN kedengaran seperti sesuatu yang merugikan, namun bagi Mohamad Nazri K Hamid, 33, ia hanyalah tanggapan segelintir individu yang dianggapny­a masih tidak berani menyahut cabaran.

Utusan Borneo sempat menyelusur­i liku kehidupan yang dilalui oleh anak muda ini yang sanggup berhenti kerja semata-mata ingin menjadi usahawan berjaya.

Nazri yang sudah berkhidmat hampir tujuh tahun sebagai guru subjek Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah (SM) La Salle itu, menamatkan perkhidmat­an bermula September tahun lepas.

Hakikatnya, beliau sendiri mengakui membuat keputusan sedemikian bukan mudah, namun dirinya masih merasa kekurangan sehingga melepaskan apa yang sudah digenggam.

“Bukan saya katakan tiada bakat menjadi pendidik, tapi saya melihat berniaga sahaja akan memberikan saya ruang untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan.

“Dari situ, saya sediakan peluang mereka menjana pendapatan ... lagipun bagi saya, apa sahaja kerja atau bidang yang diceburi, paling penting adalah minat kita yang sebenarnya,” katanya.

Apa yang pasti, Nazri cukup gembira setelah dapat merealisas­ikan impiannya, apatah lagi ahli keluarga yang merestui hasratnya itu meskipun pada awal cukup risau.

Sebelum berhenti, beliau mengambil cuti tanpa gaji selama tujuh bulan bagi membuktika­n kepada keluargany­a bahawa tindakan beraninya itu tidak sama seperti maksud peribahasa ‘bagai melepaskan batuk di tangga’.

Akhirnya, perlahan-lahan perniagaan yang beliau usahakan itu yang bermula dari bilik kecil mulai membuahkan hasil sehinggala­h beliau berjaya membuka kedai dan pejabat sendiri.

“Perniagaan jenama saya sendiri iaitu Trusted Sharks sudah beroperasi kira-kira lima tahun bermula 2013 dengan hanya melakukan perkhidmat­an mencetak baju sehingga tahun lepas menjadi titik kegemilang­an setelah jenama tempatan ini semakin dikenali ramai.

“Tidak dinafikan bahawa persaingan pakaian sukan dan percetakan baju memang banyak, tapi saya yakin bahawa jenama tempatan ini boleh mencapai ke peringkat antarabang­sa satu hari nanti sebab saya buat benda ini cukup berbeza dengan yang lain dan itulah kekuatan perniagaan saya,” kata bekas Alumni

“Bukan saya katakan tiada bakat menjadi pendidik, tapi saya melihat berniaga sahaja akan memberikan saya ruang untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan. Dari situ, saya sediakan peluang mereka menjana pendapatan ... lagipun bagi saya, apa sahaja kerja atau bidang yang diceburi, paling penting adalah minat kita yang sebenarnya,

Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

Menurutnya, hasil melalui jualan di kedainya sehingga kini boleh mencapai pendapatan sebanyak RM200,000 dalam tempoh sebulan menerusi tempahan dari kawasan dan negeri termasuk di Semenanjun­g Malaysia.

Nazri juga berjaya menghasilk­an pekerjaan kepada 60 orang yang berdaftar dengannya sebagai ejen atau dropship yang memudahkan lagi jenama pakaian jersinya itu mudah dikenali ramai.

Pada suatu ketika, beliau pernah menerima tempahan mencecah 6,000 helai pakaian dengan mengambil masa untuk menyiapkan semua tempahan dalam tempoh dua minggu sahaja.

Mengenai perancanga­n seterusnya, Nazri mahu menjadikan jenamanya itu sebagai jenama tempatan nombor satu di Malaysia dan berharap akan memiliki outlet sendiri di pusat beli belah terkemuka sebaris dengan pakaian berjenama lain satu hari nanti.

Beliau sempat berkongsi pendapat dan nasihat kepada anak muda di luar sana supaya tidak mengeluh dan berputus asa sekiranya mahu mengejar impian.

“Lakukan usaha berulang-ulang... tengok diri sendiri apa yang kita mahu capai dan jika mahu capai kejayaan luar biasa, lakukan tindakan yang luar biasa juga.

“Setiap kita ada potensi yang kita tidak tahu dan anak muda bukannya malas, tapi mereka belum jumpa potensi asal dalam diri. Kalau sudah dikejutkan, pasti ia boleh menggoncan­g satu dunia,” katanya.

 ??  ?? (Gambar kiri) NAZRI menunjukka­n baju jersi jenamanya sendiri di hadapan kedai tunggalnya ‘Trusted Sharks’ yang terletak dalam bangunan Karamunsin­g.
(Gambar kiri) NAZRI menunjukka­n baju jersi jenamanya sendiri di hadapan kedai tunggalnya ‘Trusted Sharks’ yang terletak dalam bangunan Karamunsin­g.
 ??  ?? KELIHATAN Nazri (kiri) turun padang ke kedai untuk memeriksa rekod jualan bersama salah seorang pekerjanya.
KELIHATAN Nazri (kiri) turun padang ke kedai untuk memeriksa rekod jualan bersama salah seorang pekerjanya.
 ??  ?? (Gambar atas) PELBAGAI jenis pakaian jersi dan pakaian T-Shirt ‘Trusted Shark’ yang dijual dengan harga berpatutan.
(Gambar atas) PELBAGAI jenis pakaian jersi dan pakaian T-Shirt ‘Trusted Shark’ yang dijual dengan harga berpatutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia