Utusan Borneo (Sabah)

Kastam Melaka sasar kutip RM1.96 bilion cukai tahun ini

-

MELAKA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menyasarka­n kutipan cukai RM1.96 bilion pada tahun ini, kata Pengarahny­a Datuk Mohd Noor Yusoff.

Beliau berkata jumlah itu mampu dicapai berdasarka­n kejayaan pihaknya mengumpul RM1.93 bilion pada tahun lepas berbanding RM1.58 bilion pada tahun 2016.

“Sehingga Khamis lepas, kami berjaya mengutip lebih RM82 juta berbanding hanya RM44.52 juta dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Pencapaian ini terhasil walaupun dalam keadaan ekonomi global yang begitu mencabar. Sehubungan itu, kami akan terus mempergiat­kan usaha bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai terhadap tanggungja­wab membayar cukai,” katanya kepada pemberita pada program ‘Fun Ride’ Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia di sini, pada Sabtu.

Program itu dilepaskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ghazali Othman.

Seramai 750 peserta dari seluruh negeri ini menyertai program anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam (Perkasa) yang berlangsun­g pagi tadi sempena Hari Kastam Sedunia kali ke-36 bagi mengumpul dana yang akan disumbangk­an kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia.

Mohd Noor berkata program yang julung kali diadakan itu merupakan program bersejarah yang akan dicatatkan dalam ‘The Malaysia Book of Records’ bagi kategori ‘Largest Simultaneo­us Charity Ride Event’.

“Program ini yang turut berlangsun­gserentakd­iseluruh negara akan melibatkan laluan kayuhan sejauh 21 kilometer bermula dari Wisma Kastam Ayer Keroh dan melalui Lebuhraya SPA sebelum berakhir semula di sini melalui Taman Botanikal, Ayer Keroh,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia