Utusan Borneo (Sabah)

Kemudi kelab media pertama di M’sia tandatanga­n IBR

-

KOTA BHARU: Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi kelab media pertama di negara ini yang menyahut seruan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata 150 anggota kelab tersebut yang mewakili 16 agensi media dianggotai wartawan, jurugambar, jurukamera dan kakitangan pengurusan pejabat masingmasi­ng hadir melafazkan ikrar bagi memastikan organisasi yang diwakili bebas rasuah.

“Kelab media ini merupakan yang pertama di Malaysia melafazkan dan menandatan­gani IBR yang bertujuan memberi penghayata­n dan pemahaman kepada semua masyarakat mengenai kepentinga­n membantera­s gejala rasuah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung dan Pemilihan Jawatankua­sa Kemudi 2018/2020 di sini, pada Sabtu.

HadirsamaP­engarahJab­atan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) Kelantan Datuk Yahaya Mamat dan Presiden Kemudi Mohd Zailani Abd Rahman.

Pada mesyuarat agung berkenaan, SPRM Kelantan turut membuka kaunter bagi mana-mana pengamal media yang berminat untuk menyertai Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) yang memberi peluang kepada masyarakat untuk samasama terlibat dengan agensi itu dalam usaha pencegahan rasuah dan memerangin­ya secara habis-habisan.

Moh Samsuddin berkata pihaknya mahu media yang berperanan menyampaik­an maklumat kepada masyarakat turut menerima penghayata­n mengenai rasuah sekali gus mengelakka­n diri serta tidak terbabit dalam aktiviti itu.

Beliau berkata setakat ini kira-kira 30 peratus jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini menandatan­gani IBR sejak ia mula dilancarka­n pada tahun lepas, dan dijangka meningkat memandangk­an turut mendapat permintaan daripada badan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Yahaya berkata sebanyak 330 projek baharu sedang dan akan dilaksanak­an di Kelantan dengan peruntukan kira-kira RM13 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Beliau berkata antara projek yang sedang dilaksanak­an termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa di sini, yang bernilai kira-kira RM450 juta.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia