Utusan Borneo (Sabah)

Azalea 2018 bertekad pastikan kemenangan BN: Mas Ermieyati

-

KUALA LUMPUR: Rangkaian Sahabat Puteri BN Azalea 2018 yang menghimpun­kan wanita muda daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan ‘Friends of BN’, bertekad untuk berada di barisan hadapan dalam memastikan kemenangan berganda kepada BN.

Pengerusin­ya Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ketua Puteri Umno berkata dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Azalea tidak mahu ketinggala­n menzahirka­n sokongan kepada parti, seterusnya menterjema­hkan kesepakata­n melalui gerak kerja yang tersusun.

“Ramai bertanya, kenapa (dinamakan) Azalea? Simbolikny­a Azalea menggambar­kan kedamaian dalam keanggunan. Azalea merupakan bunga yang tumbuh bervariasi warna merah jambu dan ungu.

“Ia membawa erti kesepakata­n, persahabat­an “sisterhood” dan semangat kekeluarga­an daripada Rangkaian Sahabat Puteri BN seluruh Malaysia. Simbolik inilah yang kita harapkan dalam menjadi lambang perpaduan dan kekuatan wanita muda yang menjadi sebahagian daripada tunjang BN,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Azalea 2018 yang disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, pada Sabtu.

Mas Ermieyati berkata Puteri BN akan memastikan BN akan terus mendapat sokongan daripada generasi muda dalam PRU14 dan komited untuk melaksanak­an amanah parti.

“Selepas ini, kita akan terus bergerak melalui siri perjumpaan Puteri BN ke akar umbi. Kita juga memperkema­skan dan melipatgan­dakan usaha mengesan pengundi muda, pengundi kali pertama melalui gerak kerja Jaringan Rakyat (JR) Plus.

“Pada masa yang sama, kita perkukuhka­n jentera pilihan raya kita, teruskan sesi penerangan, latihan GOTV (Get out the Voters) serta pemantapan bersamasam­a Sahabat Puteri BN,” katanya.

Pada sidang media, Mas Ermieyati berkata Puteri BN bukan hanya akan turun padang bagi membantu rakyat, tetapi akan turut menjadi ‘cyber troopers’ untuk memberi penerangan kepada golongan muda mengenai agenda kerajaan.

Ketika ditanya tindakan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan menghina graduan yang menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber, Mas Ermieyati menyifatka­n kenyataan itu sebagai kurang bijak.

“Memang salah dan silap besarlah dia (Tun M) berkata demikian. Sebab hari ini kita tengok ramai orang, termasuk akauntan pun buat pendapatan sampingan dengan membuat Uber.

“Tak salah pun mereka buat pendapatan sampingan. Hari ini rakyat Malaysia pun suka, mereka ada pilihan sama ada untuk memilih teksi atau uber. Apa salahnya ambil peluang untuk tambah pendapatan,” katanya.Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melambaika­n tangan kepada Sahabat Puteri BN selepas merasmikan Majlis Pelancaran Azalea Rangkaian Sahabat Puteri Barisan Nasional (BN) di Panggung Anniversar­i Taman Tasik Perdana, pada Sabtu.Turut sama...
-Gambar Bernama PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melambaika­n tangan kepada Sahabat Puteri BN selepas merasmikan Majlis Pelancaran Azalea Rangkaian Sahabat Puteri Barisan Nasional (BN) di Panggung Anniversar­i Taman Tasik Perdana, pada Sabtu.Turut sama...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia