Utusan Borneo (Sabah)

52 Program ‘Menghubung Menyatu’ dilaksana di seluruh negara tahun ini: Jailani

-

HULU TERENGGANU: Sebanyak 52 Program ‘Menghubung Menyatu’ (CTU), yang bakal memanfaatk­an 163,000 pengguna dan penduduk terutama di kawasan luar bandar, dilaksanak­an di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata pelaksanaa­n program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu telah memanfaatk­an hampir 403,000 orang selepas 78 program CTU diadakan sehingga kini.

“Sepanjang program CTU, sebanyak 38 menara telekomuni­kasi dibina di seluruh negara dan InsyaAllah, kemudahan itu akan dibina di beberapa tempat lain dalam masa terdekat.

“Di Hulu Terengganu sahaja, sebanyak dua program CTU diadakan di Kampung Basung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dan hari ini di Kampung Landas di DUN Ajil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program CTU di Kuala Berang dekat sini, pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib.

Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu turut menyampaik­an sumbangan KKMM sebanyakRM­10,000masingm­asing kepada 40 pemilik rumah daif di seluruh daerah Hulu Terengganu.

“Bagi program membaik pulih rumah itu, kami bekerjasam­a dengan Tentera Udara Diraja Malaysia. Mereka yang dipilih terdiri daripada golongan asnaf yang kurang berkemampu­an,” katanya.

Selain itu, sumbangan wang tunai dan barangan keperluan turut diberikan kepada 200 anak yatim dan ibu tunggal bagi meringanka­n beban mereka.- Bernama

 ??  ?? JAILANI (lapan, kiri) bergambar bersama penerima sumbangan pada Program NBOS-CTU Menghubung Menyatu Parlimen Hulu Terengganu di Kampung Landas Ajil, pada Sabtu. -Gambar Bernama
JAILANI (lapan, kiri) bergambar bersama penerima sumbangan pada Program NBOS-CTU Menghubung Menyatu Parlimen Hulu Terengganu di Kampung Landas Ajil, pada Sabtu. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia