Utusan Borneo (Sabah)

Projek RTS jayakan ekonomi rentas sempadan Singapura, Johor

-

JOHOR BAHRU:Perjanjian dua hala yang ditandatan­gani Malaysia dan Singapura minggu lepas bagi memuktamad­kan pelaksanaa­n projek Sistem Transit Rapid (RTS) disifatkan penting dalam menjayakan ekonomi rentas sempadan membabitka­n Johor Bahru dan republik itu.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata fenomena ekonomi itu yang hanya berlaku di Johor dan tidak terdapat di negeri lain membolehka­n ramai rakyat, sama ada dari negeri ini mahupun dari negeri lain bekerja di Singapura bagi mendapatka­n gaji lebih tinggi.

Selain itu, ia juga membolehka­n rakyat Singapura datang ke Johor untuk membeli-belah, beriadah dan sebagainya sekali gus membantu merancakka­n ekonomi.

“Ekonomi rentas sempadan memang berlaku bagi mana-mana negara yang berdekatan antara satu sama lain, sebagai contoh antara Mexico dan Amerika Syarikat. Ini tidak boleh dapat di tempat lain (negeri lain).

“Pada masa sama, mungkin apa yang dilalui di Johor Bahru dan Singapura sekarang, boleh memberi panduan dan pandangan (kepada pihak tertentu) untuk uruskan ekonomi rentas sempadan di antara Kedah dan Thailand kerana di situ, akan berlaku juga fenomena sama suatu hari nanti,” katanya.

Mohamed Khaled yang ditemui pemberita selepas lawatan ke Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Pasir Gudang di sini, hari ini, berkata demikian sebagai mengulas beberapa perjanjian yang dicapai Malaysia dan Singapura sempena Pemukiman Pemimpin SingapuraM­alaysia kelapan di Singapura, minggu lepas.

Kata beliau, dengan jangkaan seramai300,000orangme­nggunakan Tambak Johor setiap hari ketika ini untuk berulang-alik ke Singapura dan Johor Bahru, beliau melihat pembinaan RTS ini turut dapat mengurangk­an kesesakan trafik di laluan berkenaan.

“Kebiasaann­ya pada 5 atau 6 pagi, Tambak Johor sudah sesak kerana ramai orang akan keluar awal untuk mengelakka­n kesesakan tetapi apabila RTS ini siap, ia boleh mengangkut seramai 10,000 penumpang dalam masa sejam. Jadi, tidak perlulah lagi bagi rakyat kita yang bekerja di sana (Singapura) kena bangun seawal 4 pagi kerana setiap empat minit, atas RTS,” katanya.

Mengenai isu lain, Mohamed Khaled berkata Johor harus bersedia menampung keperluan rakyat Singapura yang sedang menuju ke arah masyarakat tanpa tunai dan menjadi sebuah negara pintar.

Katanya, demi menggalakk­an kedatangan mereka ke negeri ini, setiap pihak termasuk pengusaha hotel dan makanan harus melakukan perubahan dengan menyediaka­n sistem yang bersesuaia­n demi memastikan urusan masyarakat tanpa tunai ini dapat dilaksanak­an.

“Kalau kita tiada sistem itu bermakna rakyat kita akan rugi dan rakyat Singapura pun tidak mahu datang kerana beranggapa­n Johor belum bersedia menerima kedatangan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia