Utusan Borneo (Sabah)

Program ‘Water For Life’ Petronas

Beri manfaat lebih 14,000 penduduk seluruh negara

-

PADANG BESAR: Program ‘Water For Life’, inisiatif Petronas Dagangan Berhad (PDB), telah memanfaatk­an lebih 14,000 penduduk di seluruh negara, sejak diperkenal­kan pada 2013.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd Ibrahimnud­din MohdYunusb­erkata,program berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha untukmemas­tikanmasya­rakat terutama di kawasan pedalaman mendapat bekalan air bersih yang konsisten.

“Melalui program di bawah tanggungja­wab sosial syarikat ini, kami bersamasam­a dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mencari tempat dan kampung yang ada masalah mendapatka­n bekalan air bersih.

“Setakat ini program tersebut melibatkan 14 kawasan terpilih di seluruh negara dengan perbelanja­an lebih kurang RM1.4 juta,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ‘Water For Life 2018’ di Kampung Lubuk Machang, Chuping dekat sini pada Sabtu.

Beliau berkata bagi program itu pada Sabtu, dua telaga dan empat tangki besar dengan kapasiti 1,000 gelen air disediakan, dilengkapi dengan sistem penapisan bagi memastikan air selamat digunakan untuk keperluan harian penduduk.

Menurut beliau, peruntukan bagi setiap program itu adalah antara RM80,000hinggaR­M100,000 termasuk kos menyediaka­n sistem paip dan kemudahan lain berkaitan penyaluran air.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l yang berkenan merasmikan program itu, dalam titahnya menasihatk­an penduduk agar memastikan aktiviti harian di sekitar telaga yang membekalka­n air kepada mereka, tidak menjadi penyumbang kepada pencemaran sistem bekalan air.

Baginda juga bertitah telaga juga perlu sentiasa diselengga­ra mengikut jadual dan segera memaklumka­n kepada pihak berwajib untuk melakukan pengklorin­an telaga terutama selepas banjir.

Sementara itu baginda juga mengingatk­an rakyat supaya mengamalka­n penggunaan air secara berhemah mengikut keperluan dan mengelakka­n pembaziran.

“Program berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha untuk memastikan masyarakat terutama di kawasan pedalaman mendapat bekalan air bersih yang konsisten. Melalui program di bawah tanggungja­wab sosial syarikat ini, kami bersama-sama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mencari tempat dan kampung yang ada masalah ” mendapatka­n bekalan air bersih. DATUK MOHD IBRAHIMNUD­DIN MOHD YUNUS Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB

 ??  ?? RAJA Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l (kiri) bergambar bersama para peserta Program ‘Water For Life 2018’ di Kampung Lubuk Machang Chuping.
RAJA Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l (kiri) bergambar bersama para peserta Program ‘Water For Life 2018’ di Kampung Lubuk Machang Chuping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia