Utusan Borneo (Sabah)

USM dan UTS perkukuh kerjasama bagi perkhidmat­an di HUSM

-

KOTA BHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkuku­hkan kerjasama dengan Usains Tech Services Sdn Bhd (UTS) menerusi perkhidmat­an eksekutifn­ya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.

PengerusiL­embagaPeng­arah Usains Holding Sdn Bhd Datuk Redza Rafiq berkata perkhidmat­an eksekutif itu mula beroperasi Disember lepas dengan kos keseluruha­n RM6 juta.

“Perkhidmat­an eksekutif ini meliputi 38 wad eksekutif yang melibatkan 42 katil , poliklinik eksekutif perubatan dan pergigian, unit kajian klinikal, makmal, perkhidmat­an imejan selain perkhidmat­an pengurusan acara dan seminar,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Perkhidmat­an Kesihatan Eksekutif USM di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Gabenor USM Tan Sri Zulkefli Hassan dan Naib Canselor USM Datuk Dr Asma Ismail.

Redza berkata wad eksekutif itu meliputi bilik VIP, single premium, single deluxe, double dan single standard dengan harga antara RM110 dan RM510.

“Wad yang direka khas untuk keselesaan pesakit dilengkapi teknologi perubatan yang canggih dan terkini ini akan menjadi penanda aras baharu kepada USM selain kepada industri perubatan,” katanya.

Redza berkata poliklinik eksekutif dikendalik­an lebih 100 pakar USM mengikut bidang kepakaran termasuk kardiologi, pediatrik, endokrin, dermatolog­i, psikiatrik, nefrologi, pembedahan am plastik dan rekonstruk­tif, urologi, ortopedik dan bidang perubatan lain.

Katanya pihaknya yakin perkhidmat­an perubatan eksekutif itu mampu dijadikan model dalam usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan di rantau Asia bagi pelanconga­n perubatan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia