Utusan Borneo (Sabah)

Penghuni Amazon tidak pernah begitu terancam

Francis ratapi tekanan dikenakan kepentinga­n perniagaan besar yang mahu mengaut hasil bumi

-

PUERTO MALDONADO: Pope Francis memberi amaran keras mengenai masa depan Hutan Amazon dan kaum-kaum di sana dalam satu lawatan ke wilayah tersebut kelmarin, dan berkata mereka “tidak pernah begitu terancam” sebelum ini.

Dalam ucapan kepada ribuan penduduk peribumi di pinggir hutan hujan tersebut di Peru, beliau berkata Hutan Amazondank­aum-kaumyang tinggal di sana menanggung “luka dalam”.

Francis meratapi “tekanan yang dikenakan oleh kepentinga­n perniagaan besar yang mahu mendapatka­n petroleum, gas, kayu, emas” di sana selain pertanian skala perindustr­ian.

Beliau kemudian mengetenga­hkan “keganasan tidak henti-henti” yang dialami golongan wanita di wilayah terbabit.

Penduduk peribumi yang tidak berpakaian, dengan badan yang dicat dan kepala yang memakai bulu burung berwarna-warni, menari dan menyanyi untuk paus ketika beliau tiba di kota Puerto Maldonado, Peru.

Ribuan penduduk peribumi melakukan perjalanan untuk berjumpa dengan pemimpin agama itu dari seluruh pelosok wilayah lembah Amazon di Peru, Brazil dan Bolivia.

“Kami meminta anda membela kami,” kata Yesica Patiachi, seorang wakil kaum Harakbut – satu daripada 23 kaum peribumi yang disebut secara khusus dalam ucapan paus pada permulaan perhimpuna­n.

“Jika mereka mengambil tanah kami, kami mungkin akan lenyap.”

“Saya berusia 67 tahun, saya ingat bahawa tanah kami cantik, mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan dan ikan,” kata Luzmila Bermejo dari kaum Awajun.

“Kumpulan minyak, perhutanan dan pelombonga­n tiba, semua ini mencemari dan melemahkan kami.”

Anggota salah satu kaum tersebut menyampaik­an panah dan busur kepada pemimpin 1.2 bilion penganut Katolik di dunia itu dalam satu gesaan simbolik untuk memintanya membantu mempertaha­nkan hak tanah mereka.

“Kaum peri bumi di Am a zon mungkin tidak pernah begitu terancam di tanah mereka sendiri seperti pada masa ini,” kata paus yang kelihatan terharu dengan sambutan yang diberikan.

“Amazonia sedang dipertikai­kan dalam pelbagai sudut,” katanya.

“Masalah itu mencekik kaum-kaum di sana dan memaksa migrasi golongan muda kerana tiada alternatif tempatan.

“Kita perlu menamatkan paradigma sejarah yang melihat Amazonia sebagai sumber bekalan yang tidak akan habis bagi negara lain tanpa mengambil berat tentang pendudukny­a.”

Wilayah Amazon akan menjadi tumpuan utama satu mesyuarat uskup dunia, atau sinod, yang akan berlangsun­g pada Oktober 2019.

Ketua kaum tempatan dan aktivis pemulihara­an semakin bimbang mengenai pembalakan dan perlombong­an emas haram yang telah memusnahka­n tanah pusaka.

Paus kemudian menerima sambutan gemuruh ketika beliau melawat sebuah pusat perlindung­an bagi kanak kanak dan remaja yang menjadi mangsa penderaan fizikal, seksual atau psikologi.

“Dunia memerlukan anda, wanita dan lelaki muda dari kaum-kaum asal, dan ia memerlukan anda seadanya,” katanya kepada mereka.

Francis menggalakk­an mereka untuk belajar, supaya tidak “berpuas hati untuk menjadi gerabak terakhir pada kereta api masyarakat, membiarkan diri anda untuk ditarik dan akhirnya dilepaskan. Kami memerlukan anda untuk menjadi enjin, sentiasa menuju ke hadapan.”

Selepas beliau kembali ke Lima pada sebelah petang, pemimpin agama dari Argentina itu menyelar gejala rasuah dalam ucapan kepada pembesar di ibu pejabat kerajaan, di mana hadirin termasuk Presiden Pedro Pablo Kuczynsky.

“Betapa banyaknya kejahatan dilakukan kepada bangsa kita di Amerika Latin dan demokrasi di benua ini oleh ‘virus’ sosial ini, satu fenomena yang menjangkit­i segalanya, dengan kemudarata­n terbesar dilakukan kepada golongan miskin dan bumi,” kata Pope Francis. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? POPE Francis bertemu dengan penduduk peribumi Amazon di Puerto Maldonado, Peru. -Gambar Reuters
POPE Francis bertemu dengan penduduk peribumi Amazon di Puerto Maldonado, Peru. -Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia