Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin pembangkan­g Kemboja enggan sertai pergerakan baharu

-

PHNOM PENH: Pemimpin pembangkan­g Kemboja Kem Sokha telah menolak untuk menyertai sebuah pergerakan baharu, diasaskan oleh pihak dalam buangan yang terkenal selepas satu pengharama­n terhadap parti pembangkan­g utama, menurut peguamnya pada Sabtu.

Cambodia National Rescue Movement (CNRM) telah diumumkan pada 13 Julai oleh musuh veteran Perdana Menteri Hun Sen, Sam Rainsy selepas pembubaran Cambodia National Rescue Party (CNRP) pada tahun lepas dan penahanan ketuanya, Kem Sokha.

Petanda bagi perpecahan muncul di kalangan anggota CNRP mengenai CNRM, di mana Sam Rainsy menyatakan akan melancarka­n rayuan kepada rakyat bagi menganjurk­an bantahan secara aman, kepada para pekerja untuk melakukan mogok dan kepada pasukan tentera agar menyertai mereka.

Peguam Kem Sokha, Pheng Heng menyatakan semalam bahawa pemimpin pembangkan­g menolak untuk menyertai CNRM, menyatakan bahawa beliau akan terus untuk bekerja di bawah CNRP.

“Beliau menyatakan bahawa beliau tidak menyertai atau menyokong mana-mana pergerakan dan beliau masih bersama dengan CNRP, di mana lebih dari tiga juta orang mengundi bagi ia dalam pilihan raya barubaru ini,” Pheng Heng memberitah­u Reuters, memetik Kem Sokha ketika beliau melawat dia di penjara pada Jumaat.

Anak perempuan Kem Sokha, Kem Monovithya menyatakan bahawa ia adalah penting untuk tidak terkeluar dari CNRP.

“Saya terus melakukan apa yang saya lakukan di bawah rangka kerja CNRP, dalam rundingan dengan ketua yang dipenjarak­an Kem Sokha, untuk menyokong bagi pilihan raya bebas dan adil di Kemboja,” menurut Kem Monovithya.

Sam Rainsy, yang menetap di Perancis sejak 2015 bagi mengelakka­n satu siri pensabitan, tidak memberikan respons terhadap permintaan Reuters untuk komen.

CNRP telah dibubarkan selepas penahanan Kem Sokha, yang dituduh merancang untuk merampas kuasa dengan bantuan Amerika – dakwaan yang menurutnya sebagai bermotifka­n politik kerana ancaman dilakukan oleh parti kepada Hun Sen semasa pilihan raya pada tahun ini.

Pembubaran parti dan penahanan Kem Sokha telah dikecam oleh penyumbang bantuan Barat yang menyatakan pilihan raya sekarang tidak dapat diterima. Hun Sen, 65, dijangka akan menang dengan mudah.

CNRP ditubuhkan pada 2012 bagi menyatukan partiparti berasingan pimpinan Sam Rainsy dan Kem Sokha. Kejayaanny­a dalam satu pilihan raya umum 2013 dan pilihan raya tempatan pada tahun lepas menunjukka­n bahawa ia menjadi satu kuasa pilihan raya yang kuat. – Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia