Utusan Borneo (Sabah)

Anggota perundanga­n AS gagal capai persetujua­n

Para senator masih berunding namun pejabat Trump keluar kenyataan persalah Demokrat bagi krisis itu

-

“Ketegasan pihak Demokrat bahawa langkah sementara termasuk perlindung­an bagi pendatang tanpa dokumen yang tiba sebagai kanak-kanak memusnahka­n

” perjanjian itu. SARAH SANDERS Jurucakap

WASHINGTON: Kerajaan AS ditutup secara rasmi pada Sabtu, ulang tahun pertama bagi pelantikan Presiden Donald Trump, selepas anggota perundanga­n gagal untuk mempersetu­jui satu perjanjian perbelanja­an sementara.

Para senator masih lagi berunding di tingkat Senat ketika masa mencecah waktu tengah malam, namun pejabat Trump mengeluark­an satu kenyataan mempersala­hkan pihak pembangkan­g Demokrat bagi krisis tersebut.

Jurucakap Sarah Sanders menyatakan ketegasan pihak Demokrat bahawa langkah sementara termasuk perlindung­an bagi pendatang tanpa dokumen yang tiba sebagai kanak-kanak memusnahka­n perjanjian itu.

“Anggota Demokrat Senat memiliki Penutupan Schumer,” jelas beliau, merujuk kepada ketua minoriti, Senator New York Chuck Schumer, yang menemui Trump pada awal Jumaat.

“Malam ini (Sabtu), mereka meletakkan politik mengatasi keselamata­n negara kita, keluarga tentera, kanakkanak yang sensitif, dan kemampuan negara kita untuk berkhidmat bagi semua rakyat Amerika.

“Kami tidak akan membincang­kan status pendatang haram ketika pihak Demokrat menjadikan rakyat kita yang sah sebagai tebusan bagi tuntutan tidak peduli mereka,” ujar beliau.

Perkhidmat­an persekutua­n AS dan operasi ketenteraa­n dianggap penting akan diteruskan, namun ribuan pekerja kerajaan akan diarahkan pulang ke rumah tanpa gaji sehingga krisis ini diselesaik­an. – AFP

 ??  ?? PEMIMPIN Minoriti Rumah Nancy Pelosi (D-CA) dan Rep. Steny Hoyer (D-MD) tiba di persidanga­n media dengan pemimpin Demokratik menentang penutupan kerajaan di Capital Hill di Washington.
PEMIMPIN Minoriti Rumah Nancy Pelosi (D-CA) dan Rep. Steny Hoyer (D-MD) tiba di persidanga­n media dengan pemimpin Demokratik menentang penutupan kerajaan di Capital Hill di Washington.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia