Utusan Borneo (Sabah)

Militan Rohingya kritik pelan penghantar­an pulang pelarian

-

YANGON: Puak militan Rohingya pada Sabtu mengkritik pelan penghantar­an pulang bagi orang pelarian dari Bangladesh ke Myanmar yang dijadual bermula pada minggu depan, dengan menyatakan ia bertujuan untuk memerangka­p masyarakat minoriti Muslim dalam kem-kem jangka panjang sementara tanah pusaka mereka dirampas.

Bangladesh dan Myanmar bersetuju untuk menghantar balik kira-kira 750,000 pelarian yang tiba sejak Oktober 2016 dalam tempoh dua tahun akan datang, satu proses yang dijangka bermula seawal Selasa ini.

Namun perjanjian itu dikecam oleh ramai pelarian Rohinya yang menyatakan mereka tidak mahu pulang ke Rakhine selepas mereka lari daripada kekejaman termasuk pembunuhan, pencabulan dan pembakaran ke atas rumah mereka.

Kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata sebarang penghantar­an pulang mesti bersifat sukarela dengan jaminan keselamata­n di negeri di mana kebencian kaum masih begitu tebal.

Kebimbanga­n juga semakin meningkat mengenai keadaan di Myanmar, di mana ratusan kampung Rohingya dimusnahka­n oleh askar dan perusuh beragama Buddha, dengan kekhuatira­n bahawa jumlah besar orang Rohingya akan diletakkan bagi jangka panjang di kem-kem.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan dalam Twitter, Tentera Penyelamat­an Rohingya Arakan (ARSA) berkata “tawaran (penghantar­an pulang) yang tidak jujur dan menipu” itu akan mengurung orang Rohingya dalam “apa yang dipanggil kem sementara, dan bukannya membenarka­n mereka untuk ditempatka­n semula di kampung dan tanah pusaka mereka sendiri”.

Sambil menyebut tentang puluhan ribu pelarian Rohingya yang menderita di kem-kem di ibu negeri Sittwe sejak keganasan kaum berlaku pada 2012, kata ARSA.

Hasrat Myanmar adalah untuk membahagik­an tanah Rohingya kepada projekproj­ek perindustr­ian dan pertanian.

Matlamat mereka adalah untuk “memastikan majoriti penganut Buddha” di Rakhine yang bermakna orang Rohingya “tidak akan dapat menetap” di kampung halaman mereka sendiri, ujar kenyataan dalam handel @ ARSA_Official.

Kebanyakan orang Rohingya dinafikan kerakyatan di Myanmar selain pergerakan bebas dan kebebasan asas lain.

Mereka secara rasmi dipanggil orang “Bengali” Muslim yang menduduki bumi majoriti penganut Buddha walaupun ramai sudah tinggal di sama berdekad lamanya.

Kumpulan itu telah dihalau beberapa kali sejak hujung zaman 1970-an.

Pengusiran terbaharu menyusuli serangan bersepadu yang berdarah oleh ARSA pada hujung Ogos lalu yang mencetuska­n operasi ketenteraa­n yang memaksa 655,000 orang Rohingya untuk lari ke Bangladesh.

Mereka membawa bersama mereka banyak cerita tentang pencabulan, pembunuhan beramai-ramai dan penyeksaan.

Walaupun mengakui anggota tenteranya terbabit dalam serangan yang mengorbank­an 10 orang suspek yang mereka tangkap, tentera Myanmar telah melepaskan diri daripada sebarang salah laku yang lebih luas.

Apa yang disebut oleh PBB dan Amerika Syarikat sebagai “pembersiha­n etnik”, pihak tentera pula kata adalah respons setimpal kepada cubaan oleh puak militan Muslim untuk mengambil alih Rakhine.

Global New Light of Myanmar yang disokong kerajaan semalam menerbitka­n gambar salah satu kem sambutan bagi pelarian di Taung Pyo Letwe, dalam Maungdaw, yang menunjukka­n struktur kayu asas yang ditutup oleh pagar wayar tinggi.

Saluran sama pada minggu ini menerbitka­n beberapa gambar wajah berwarna 1,000 atau lebih orang yang disyaki “Pengganas ARSA”.

Gambar tersebut, termasuk wanita dan pemuda, dengan nama dan “nama bapa mereka”, telah diedarkan kepada pihak berkuasa Bangladesh untuk menggesa mereka menyerahka­n suspek.

Dhaka tidak gembira dengan kelambatan kepulangan yang dibincangk­an oleh Myanmar dengan hanya beberapa ratus sahaja yang kemungkina­n besar akan diproses setiap hari. – AFP

 ??  ?? PELARIAN Rohingya menunggu bekalan makanan diagihkan di kem Balukhali, berdekatan Bazar Cox Bazar, Bangladesh pada Isnin.
PELARIAN Rohingya menunggu bekalan makanan diagihkan di kem Balukhali, berdekatan Bazar Cox Bazar, Bangladesh pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia