Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki bersenjata culik lima pekerja minyak di Nigeria

-

WARRI: Lima pekerja minyak diculik di wilayah Delta Niger terpencil di selatan Nigeria, sebuah kawasan yang sering kali dilanda oleh serangan militan dan penculikan, pihak polis memberitah­u AFP pada Jumaat.

Beberapa militan yang disyaki menahan pekerja itu pada Rabu berhampira­n dengan komuniti Ajoki, yang bersempada­n dengan Edo dan Delta States, menurut jurucakap polis Delta State, Andrew Aniamaka.

“Pihak polis dengan kerjasama dari pihak tentera berusaha bagi memastikan bahawa mangsa diselamatk­an tanpa kecederaan dengan pelakunya ditangkap dan ditahan,” menurut Aniamaka.

Pekerja itu merupakan pekerja untuk Sahara Energy Oil Company, sebuah firma tenaga Nigeria.

Pekerja minyak itu menaiki sebuah bot dalam perjalanan ke satu lokasi luar pantai ketika kehadiran penyerang bersenjata itu, menurut penduduk tempatan Ajugu Fidelis, yang menyaksika­n penculikan itu.

“Mereka menyerbu tepi air dan mengarahka­n pekerja itu naik ke bot mereka di sebalik tembakan yang kedengaran sekaliseka­la serta memecut pergi ke satu lokasi yang tidak diketahui.”

Insiden berlaku beberapa jam selepas Niger Delta Avengers (NDA), sebuah kumpulan pemberonta­k dikenali sebagai menyerang saluran paip minyak, mengeluark­an satu kenyataan memberikan amaran kepada kerajaan bahawa ia sedang menamatkan satu perjanjian gencatan senjata 2017.

NDA menyasarka­n infrastruk­tur minyak dan gas pada 2016 membawa kepada satu kejatuhan bagi pendapatan yang membantu menghalang Nigeria dari kemerosota­n.

Penculikan menjadi satu masalah di wilayah selatan Nigeria di mana para individu berprofil tinggi, termasuk keluarga ahli politik terkenal, sering kali ditangkap.

Namun ketika kelembapan ekonomi sejak beberapa tahun lepas, penculikan mula berlaku seterusnya ke bahagian utara juga.

Pada Selasa lepas, dua rakyat Amerika dan dua rakyat Kanada diculik oleh lelaki bersenjata tidak dikenali dalam satu serangan hendap di wilayah utara Kaduna.

Dua polis pengiring Nigeria bagi kumpulan itu ditembak mati semasa penculikan. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia