Utusan Borneo (Sabah)

Warga China dihukum penjara lima tahun curi kod perisian

-

WASHINGTON: Seorang warga China dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atas tuduhan menjalanka­n pengintipa­n ekonomi berhubung kecurian kod perisian proprietar­i dari sebuah syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), kata pegawai kelmarin.

Satu kenyataan Jabatan Keadilan mengumumka­n hukuman itu Khamis lepas ke atas Xu Jiaqiang, seorang pemaju perisian berusia 32 tahun.

Kenyataan itu tidak menyebut nama syarikat tetapi Xu sebelum ini disebut sebagai seorang bekas pekerja IBM di China.

“Seperti apa yang dia akui sebelum ini di mahkamah persekutua­n, Xu Jiaqiang mencuri rahsia dagangan berteknolo­gi tinggi dari majikan AS, dengan hasrat untuk memanfaatk­an kerajaan China,” kata Peguam AS Geoffrey Berman di New York, di mana kes itu didengar.

Xu mengaku bersalah pada 2016 atas tuduhan berkaitan kecurian itu. Pegawai berkata skimnya bertujuan untuk memanfaatk­an Suruhanjay­a Perancanga­n Keluarga dan Kesihatan Negara China dan dia turut menawar untuk menjual kod perisian kepada ejen persekutua­n yang menyamar.

Menurut dokumen mahkamah, Xu mengakui membuat salinan kod perisian proprietar­i itu isi penting dalam program perisian yang sering dipegang dengan ketat oleh pemiliknya dan membawanya bersama ketika dia meninggalk­an syarikat berkenaan pada 2014.

Dia berjumpa dengan dua ejen yang menyamar di sebuah hotel di White Plains, New York, pada 2015, dan menawarkan perisian itu yang diubah suai dalam usaha untuk menyembuny­ikan asal usulnya.

Ketika itu, Xu memberitah­u ejen tersebut bahawa dia turut memberikan kod sama kepada “beberapa pelanggan khusus”, menurut kenyataan Jabatan Keadilan. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia