Utusan Borneo (Sabah)

AS tuntut hukuman mati lelaki sebab kematian pelawat sarjana China

-

WASHINGTON: Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengumumka­n mereka akan menuntut hukuman mati bagi seorang lelaki yang dituduh melakukan penculikan dan penyeksaan dalam kes kematian seorang sarjana pelawat dari China, selepas pentadbira­n Presiden Donald Trump menggalakk­an hukuman mati dalam lebih banyak kes.

Zhang Yingying, 26, diculik pada 9 Jun 2017, selepas dia didakwa memasuki sebuah kereta yang dipandu oleh Brendt Christense­n di Urbana, Illinois, di mana dia menjalanka­n penyelidik­an di Universiti Illinois.

Mayatnya masih belum ditemui tetapi pihak berkuasa percaya dia sudah mati.

Dokumen mahkamah menyebut Christense­n, 28, yang menghadapi tuduhan menculik sehingga menyebabka­n kematian, menjalanka­n jenayah “dengan cara yang khususnya kejam, keji atau rosak akhlak, kerana ia melibatkan penyeksaan atau penderaan fizikal yang serius kepada mangsa” dan ia berlaku selepas perancanga­n awal yang terperinci.

Di AS, pembunuhan biasanya dibicara oleh negeri-negeri di mana ia berlaku, dan Illinois tidak ada hukuman mati.

Namun kerajaan persekutua­n boleh memohon hukuman mati bagi jenayah tertentu dalam keadaan serius.

Ketua Peguam Negara AS Jeff Sessions baru-baru ini mengarahka­n pendakwa raya persekutua­n untuk menuntut hukuman mati dalam lebih banyak kes.

Trump baru-baru ini menuntut hukuman mati bagi Sayfullo Saipov, seorang pendatang dari Uzbekistan yang memandu sebuah trak sewa di satu laluan basikal dan pejalan kaki yang sibuk di New York pada Oktober lalu, membunuh lapan orang dan mencederak­an 12 lagi. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia