Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis Greenpeace buat bantahan dari Menara Eiffel harus didenda

-

PARIS: Beberapa aktivis Greenpeace yang menggantun­g sehelai kain rentang dari Menara Eiffel sebagai bantahan terhadap ketua haluan kanan Marine Le Pen seharusnya dikenakan denda sebanyak 500 euro dan menangguhk­an hukuman, menurut pendakwa raya Perancis kelmarin.

Penunjuk perasaan dari kumpulan kempen alam sekitar telah membuka kain rentang yang mempunyai tulisan ‘Liberty, Equality, Fraternity #Resist’ dari menara ikonik pada 5 Mei tahun lepas, dua hari sebelum pusingan kedua pilihan raya.

Bantahan itu adalah sebagai respons kepada “situasi gila” yang melihat pemimpin Front National sampai untuk pengundian peringkat awal dengan pemenang sebenar Emmanuel Macron, menurut seorang aktivis.

Kelmarin, sembilan defendan mengaku telah memotong satu jaring keselamata­n bagi melakukan bantahan namun menafikan telah merosakkan sebuah pagar.

Pendakwa raya meminta mahkamah agar menyerahka­n kepada setiap aktivis satu hukuman penjara yang ditangguhk­an selama tiga bulan dan denda sebanyak 500 euro kerana menceroboh.

Defendan, yang menolak untuk memberikan satu sampel DNA ketika dalam tahanan, seharusnya dijatuhkan denda tambahan sebanyak 200 euro, tambah mereka.

Seorang jurucakap G r e e n p e a c e menyatakan hukuman yang diminta adalah “agak teruk.”

Kumpulan tersebut dijangka akan dijatuhkan hukuman pada bulan depan. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia