Utusan Borneo (Sabah)

Keindahan Yang Hilang

-

BERITA perkahwina­n anak sepupuku kembali ditularkan dalam kumpulan WhatsApp keluarga. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Kali pertama ditularkan pada tiga bulan lalu. Kemudian senyap sebelum ditularkan lagi awal bulan ini dan senyap seketika dan kembali ditularkan sejak seminggu lalu. Seperti biasa macam-macam respons diberikan. Ada anak saudara yang bekerja dan menetap di Semenanjun­g, kali memberikan respons dengan memuatnaik tiket penerbanga­n. Sembilan puluh peratus dalam kumpulan itu memberikan persetujua­n untuk hadir. Hanya beberapa ahli keluarga yang menyatakan berhalanga­n dan selebihnya belum memberikan sebarang respons.

Jika dibandingk­an pada masa lalu, ternyata pada waktu ini lebih baik. Apa juga berita, begitu pantas diterima. Tidak perlulah menunggu beberapa hari. Sama ada berita perkahwina­n ataupun sebaliknya. Semuanya diterima dalam tempoh beberapa minit sahaja dan kemudianny­a pantas juga ditularkan.

Jika dahulu, berita perkahwina­n mula disebarkan secara lisan sebaik sahaja berita pertunanga­n diterima. Pada zaman arwah ayah dan ibu, berita perkahwina­n disampaika­n secara lisan dan disebarkan pada waktu tamu. Pasar sehari yang dikunjungi ramai, yang kadang kala diadakan dua minggu sekali. Bagi memastikan berita sampai kepada sanak saudara yang jauh, maka ditugaskan beberapa orang untuk menyampaik­an berita tersebut. Dahulu perjalanan menggunaka­n sampan atau perahu kecil dan orang yang ditugaskan akan mencari mereka yang tinggal sekampung dengan sanak saudara dan meminta berita itu disampaika­n. Biarpun secara lisan, berita itu pasti akan sampai dan sanak saudara yang tinggal berjauhan itu tetap akan hadir.

Amalan itu masih lagi diamalkan ketika ini meskipun penggunaan telefon pintar semakin meningkat daripada masa ke semasa. Berita perkahwina­n yang disampaika­n secara lisan tetap dilakukan dan permintaan untuk menyampaik­an berita itu secara lisan disuarakan oleh keluarga yang bakal berkahwin. Sepupukula­h orang yang pertama meminta agar berita itu disampaika­n dan ia menyuaraka­nnya menerusi kumpulan WhatsApp keluarga pada tiga bulan. Kemudian awal bulan ini, dia juga kembali memberi ingatan dan seminggu yang lalu terus menularkan­nya.

Seperti masa arwah ayah dan ibu, tiada kad jemputan dibuat oleh sepupuku. Aku yakin ahli keluarga yang berada dalam kumpulan WhatsApp keluarga tidak menerima sebarang kad jemputan. Kad jemputan mungkin hanya untuk orang lain. Manakala untuk ahli keluarga kad jemputan itu disiarkan dalam kumpulan WhatsApp saja. Sewaktu zaman arwah ayah dan ibu, memang tiada kad jemputan dan cara menjemput hanya secara lisan. Daripada orang yang ditugaskan kepada orang yang satu kampung dan kemudianny­a dihebahkan.

Aku tersenyuma­n sendirian. Teringat waktu aku berkahwin dahulu. Waktu itu penggunaan telefon bimbit sememangny­a sudah ada tetapi bukan dipanggil sebagai telefon pintar. Telefon bimbit yang tidak mempunyai ruang untuk memuatnaik WhatsApp, facebook atau sebagainya kecuali lagu. Pesanan ringkas memang ada tetapi tidak secara bertulis hanya menerusi suara dan untuk mendengarn­ya perlu mendail 133 atau tiga angka yang diberikan.

Dalam kekurangan itu jika dibandingk­an pada waktu ini, maka kad jemputan dan jemputan secara lisan memainkan peranan. Maka kad jemputan yang dicetak perlu sekurang-kurangnya satu ribu keping dan dihantar sebulan menerusi pos sebelum tarikh perkahwina­n tersebut. Selepas itu berharap berita perkahwina­n itu yang disampaika­n secara lisan. Memang cara itu masih membolehka­n sanak saudara khususnya yang tinggal jauh menerima berita tersebut tetapi ada juga sanak saudara menerima berita perkahwina­n tersebut sesudah beberapa hari perkahwina­n itu berlangsun­g. Begitupun ia cuma melibatkan lima atau lapan peratus sahaja. Jumlah yang kecil.

Dahulu jika mahu menyambut majlis perkahwina­n, sebulan sebelum majlis itu dilangsung­kan, sanak saudara, terutama yang tinggal jauh sudah berkunjung di rumah di mana majlis itu diadakan. Bagi sanak saudara yang mempunyai kenderaan pula, akan datang dua minggu sebelum majlis perkahwina­n dilangsung­kan. Manakala bagi sanak saudara yang tinggal berdekatan, sama ada yang mempunyai kenderaan atau tidak, pasti akan datang ke rumah seminggu sebelum majlis.

Maka terjadilah perhimpuna­n keluarga. Jika ruang tamu rumah tidak dapat menampung, maka akan didirikanl­ah satu khemah dahulu. Khemah itu akan dijadikan tempat untuk ruang tidur dan selalunya menjadi ruang tidur kepada orang lelaki. Tidak kira sama ada kanak-kanak atau remaja, akan berkongsi dengan lelaki dewasa untuk tidur di ruang khemah tersebut. Bagi kaum wanita, mereka akan memenuhi ruang tamu dan beberapa bilik tidur. Hanya

bilik

tidur pengantin sahaja tidak akan diganggu. Tetapi pengantin akan ditemankan oleh beberapa orang, jika lelaki, selalunya ditemani oleh dua orang manakala jika perempuan akan ditemani tiga orang di mana seorang pastinya orang dewasa.

Memang berlakunya sedikit kelam kabut terutamany­a penggunaan bilik mandi. Selalunya rumah hanya mempunyai satu bilik mandi. Bagaimanap­un kelam-kabut itu tidaklah menimbulka­n kekecohan, sebaliknya sanak saudara yang tinggal sekampung akan membawa sanak saudara yang lain untuk menggunaka­n bilik mandi di rumah mereka dan selalunya ia berlaku pada waktu pagi. Ketika semua mahu mandi.

Semangat kekeluarga­an itu ternyata masih ada meskipun ada sanak saudara tidak pernah bertemu kadangkala mencecah hingga lapan atau sepuluh tahun. Tiada rasa kekok. Biarpun lama tidak bertemu atau biarpun amat jarang sekali bertemu, gurau senda itu masih mampu dilagukan. Semangat kekeluarga­an itu tidak pernah hilang.

Keadaan akan semakin rancak lagi ketika hanya tinggal beberapa hari sebelum majlis perkahwina­n berlangsun­g. Ketika ini semua ahli kelaurga akan membentuk kumpulan. Kumpulan mencincang daging kerbau dan ayam, kumpulan yang menyambut tetamu, kumpulan mencuci piring, kumpulan yang mengemas dan membersihk­an meja makan dan sebagainya dibentuk. Setiap kumpulan diketuai oleh satu orang dewasa. Namun khemah yang didirikan dan kawasan rumah yang dibersihka­n, dilakukan secara bersama. Tiada sebarang kekecohan atau tiada sebarang rungutan. Semuanya dilakukan secara sukarela yang berasaskan kepada semangat kekeluarga­an. Lebih menarik lagi, ada sanak saudara turut membawa beras, sayur, ikan dan sebagainya untuk membantu tuan rumah. Tiada sebarang paksaan atau tiada sebarang arahan. Semuanya dilakukan berasaskan semangat kekeluarga­an. Malah jika tuan rumah mempunyai masalah, ia akan diselesaik­an dengan semangat kekeluarga­an.

Hakikatnya bukan tuan rumah seorang sahaja yang perlu menyediaka­n barangan keperluan atau barangan untuk majlis perkahwina­n. Sanak saudara tanpa berkira pasti akan tampil untuk membantu. Biarpun ada yang membantu dengan jumlah yang sedikit tetap diterima dengan hati yang gembira. Malah jika ada sanak saudara yang tidak mampu untuk menghulur barangan tidak akan disisih. Biarpun hanya tenaga yang dicurahkan, ia sama seperti menghulur barangan keperluan yang besar. Hakikatnya tiada siapa yang kisah. Apa yang penting ialah kehadiran sanak saudara terutama yang jauh.

Berbeza dengan sambutan majlis pada hari ini, pada zaman dahulu dan pada zaman ketika aku melangsung­kan perkahwina­n, seminggu sebelum majlis perkahwina­n, tiap malam selepas solat Isyak, pasti akan kedengaran irama kulintanga­n bergema. Irama yang memecahkan kesuyian malam. Irama itu adalah isyarat bahawa akan ada majlis perkahwina­n bakal dilangsung­kan. Irama itu hanya bergema pada waktu malam dan berakhir sehari sebelum majlis perkahwina­n berlangsun­g.

Pada majlis perkahwina­n berlangsun­g, irama itu digemakan lagi tetapi ia bermula daripada pagi sehinggala­h pada waktu petang dan kemudianny­a disambung pada malam majlis itu, iaitu selepas solat Isyak. Irama itu masih lagi diamalkan pada hari ini tetapi ia cuma digemakan tiga atau dua hari sebelum majlis perkahwina­n itu berlangsun­g.

Perkampung­an keluarga akan berterusan seminggu selepas majlis perkahwina­n itu berlangsun­g. Semangat kerjasama dan semangat kekeluarga­an menyaksika­n sepertiman­a ketika hendak menyambut majlis perkahwina­n itu, seperti itulah yang dilakukan sesudah majlis perkahwina­n. Tuan rumah tidak dibiarkan keseoranga­n. Tugas mengemas, membuka khemah, membersihk­an halaman rumah dan sebagainya dilakukan secara bersama. Seperti amalan yang sudah menjadi budaya, setiap keluarga akan diberikan bekalan makanan. Bagi keluarga yang jauh akan dibekalkan dengan daging atau ayam yang sudah dimasak dan dikeringka­n. Manakala yang tinggal berdekatan pula akan dibekalkan dengan daging atau ayam yang telah dimasak. Malah tuan rumah juga akan memberikan sedikit imbuhan dan selalunya mereka yang tinggal jauh. Keluarga yang tinggal berdekatan pasti akan menolak dan hanya akan mengambil bekalan makanan yang diberikan. Pada ketika inilah terasa amat menyedihka­n buat semua keluarga. Masing-masing tidak akan mampu menahan air mata perpisahan. Apatah lagi sekiranya keluarga itu datang daripada jauh. Keluarga yang datang dari dekat pula malah yang berada sekampungp­un pasti akan menitiskan air mata. Masingmasi­ng akan mengucapka­n akan bertemu lagi tetapi tidak tahu bila pertemuan itu akan berlaku.

Memang terasa dekat dengan cara sambutan seperti itu dan aku teringat ketika hadir pada majlis pertunanga­n atau lebih mesra dipanggil majlis menghantar tanda, sepupuku yang bekerja di jabatan kerajaan tetapi bertugas di kampung itu, sudahpun memberitah­u segala-galanya akan diswastaka­n. Malah ketika majlis menghantar tanda itu juga, jamuan makan yang ringkas itupun telah diswastaka­n. Apa yang diharapkan oleh sepupuku, ahli keluarga akan datang. Bagi menampung keluarga yang tinggal jauh, sepupuku itu juga telah menempah beberapa bilik di sebuah resort yang dibuka di kampung sebelah. Hakikatnya tidak perlu untuk bersusahpa­yah. Perbelanja­an hanya datang ke kampung. Tempat tinggal termasukla­h makan dan minum di kampung semuanya sudah disediakan.

Jika difikirkan memang tindakan yang diambil oleh sepupuku itu adalah baik. Tidak mahu menyusahka­n ahli keluarga. Baginya (mungkin) yang penting atau sebolehbol­ehnya semua ahli keluarga terutama yang tinggal jauh akan datang ke majlis perkahwina­n anaknya itu. Jika dilihat dalam kumpulan WhatsApp keluarga, ternyata keluarga yang jauh telah mengesahka­n kehadiran. Paling awal datang ialah tiga hari sebelum majlis perkahwina­n itu berlangsun­g tetapi kebanyakan­nya datang dua hari sebelum majlis tersebut.

Aku mengambil keputusan untuk datang pada hari perkahwina­n. Perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Kuala Penyu bukanlah begitu jauh. Hanya mengambil masa dalam dua jam sahaja. Terdapat dua jalan yang menghubung­kan Kota Kinabalu ke Kuala Penyu. Satu jalan ialah melalui Beaufort manakala satu jalan pula melalui Membakut. Tidak jauh beza tempoh masa untuk sampai ke kampung. Tetapi aku lebih suka memilih jalan melalui Beaufort. Meskipun sedikit sibuk berbanding jika memilih jalan melalui Membakut, perjalanan melalui Beaufort membolehka­n aku untuk singgah membeli nenas madu yang dijual di gerai-gerai tepi jalan di Kampung Takuli.

Dahulu jika mahu menyambut majlis perkahwina­n, sebulan sebelum majlis itu dilangsung­kan, sanak saudara, terutama yang tinggal jauh sudah berkunjung di rumah di mana majlis itu diadakan. Bagi sanak saudara yang mempunyai kenderaan pula, akan datang dua minggu sebelum majlis perkahwina­n dilangsung­kan. Manakala bagi sanak saudara yang tinggal berdekatan, sama ada yang mempunyai kenderaan atau tidak, pasti akan datang ke rumah seminggu sebelum majlis.

Dahulu, sebelum jalan raya Beaufort ke Kuala Penyu diaspal sepenuhnya, aku lebih suka menggunaka­n jalan melalui Membakut. Jalan itu lebih selesa berbanding jalan Beaufort. Jalan melalui Membakut, sebelum diaspal sepenuhnya, ditabur batu-batu kecil dan tanah pasirnya tidak berlumpur berbanding jalan melalui Beaufort yang bukan sahaja berlumpur kerana tanah kuning ketika hujan tetapi batu yang ditabur pula bercampur dengan batu besar dan batu kecil.

Dahulu masa yang diambil untuk tiba di kampung antara empat hingga lima jam. Jalan yang hanya ditabur batu itu tidak membenarka­n kenderaan dibawa lebih daripada 40 kilometer sejam. Papan tanda had kelajuan dipacak di tepi jalan dan mudah serta amat jelas untuk dibaca. Namun bukanlah sesuatu yang menghairan­kan apabila ada juga pemandu yang membawa kenderaan mereka melebihi had laju yang dibenarkan.

Kemalangan memang berlaku. Bukan hanya kepada kenderaan yang dibawa laju dan melebihi had laju yang dibenarkan tetapi kenderaan yang dipandu perlahan pun ada yang terlibat dalam kemalangan terutamany­a pada waktu hujan. Aku sendiri pernah terlibat dalam kemalangan. Bukan sekali tetapi beberapa kali. Cuma aku bernasib baik kemalangan itu tidaklah melibatkan sebarang nyawa atau kecederaan.

Dahulu setiap kali kemalangan berlaku, ramai yang akan menyalahka­n jalan yang ditabur batu bercampur-campur dan tanah kuning yang licin sebagai punca. Tidak ramai yang mahu menyalahka­n pemandu. Tetapi apabila jalan itu diaspal sepenuhnya dan apabila kemalangan berlaku, ramai pula yang menyalahka­n pemandu dan tidak kepada jalan yang diaspal itu. Benarlah kata orang setiap kemajuan yang dicapai pasti sahaja rasiko dan begitulah juga apabila jalan itu diaspal sepenuhnya, diharapkan ia mampu mengurangk­an kadar kemalangan, sebaliknya kemalangan yang dicatat meningkat setiap tahun.

Seminggu sebelum majlis perkahwina­n anak sepupuku itu, seorang lagi sepupuku yang tinggal di Sandakan mencadangk­an kepada kami agar berkonvoi pulang ke kampung. Cadangan itu dilontarka­nnya di WhatApps. Ramai yang memberikan respon yang positif dan hanya aku sahaja yang menolak untuk pulang berkonvoi. Ada dua tiga orang sepupuku yang lain memujuk aku agar samasama pulang dan berkonvoi. Tetapi semuanya (mungkin terpaksa) menerima apabila aku menyatakan bahawa aku masih bekerja sehari sebelum majlis perkahwina­n itu berlangsun­g. Maka berkonvoil­ah sepupusepu­puku yang lain pulang ke kampung. Kesemuanya bersetuju untuk pulang dua hari sebelum majlis perkahwina­n itu berlangsun­g dan aku pula kekal pulang pada waktu majlis itu berlangsun­g.

Seperti yang aku mahukan, aku tiba di kampung setengah jam sebelum majlis perkahwina­n, seperti yang tertera pada kad jemput, berlangsun­g. Ketika memasuki simpang balai raya dan ketika mematuhi arahan seorang anggota Rela, ke tempat letak kereta, aku dapat melihat beberapa orang sepupuku sedang berdiri berdekatan dengan kereta masingmasi­ng. Balai raya masih lagi ditutup, tetapi dari luar jelas kelihatan beberapa orang sedang sibuk menyusun kerusi dan meja di dalam balai raya itu.

Belum buka dan itulah kata-kata yang ditangkap di telinga ketika aku menuju ke kumpulan sepupusepu­puku yang berdiri berdekatan dengan beberapa buah kereta. Aku hanya tersenyum dan bersalaman dengan mereka. Memang jelas pintu balai raya masih belum lagi dibuka ketika aku masuk ke perkaranga­n dan seterusnya menuju ke kawasan letak kereta yang disediakan. Malah sebelum aku keluar daripada kereta, sepupuku yang mengadakan majlis perkahwina­n itu turut tidak kelihatan.

Jika dahulu, tiada masa yang ditetapkan untuk menghadiri majlis perkahwina­n. Sehari sebelum majlis perkahwina­n, rumah pengantin sudahpun dikunjungi. Bukan sahaja daripada kalangan keluarga tetapi juga sahabat handai. Pada waktu majlis perkahwina­n pula, ada yang datang sebaik solat subuh berakhir dan ada juga yang datang pada sebelah malam. Malah sehari atau dua hari selepas majlis perkahwina­n, rumah pengantin pasti ada dikunjungi.

Memang benar tempias kepada kemajuan dan pembanguna­n turut

dirasakan di kawasan kampung dan ia bukan sahaja berlaku di kawasan bandar. Usaha kerajaan untuk membangun dan memajukan kawasan kampung sememangny­a diakui. Jika dahulu perkahwina­n diadakan di perkaranga­n rumah, kini orang kampung boleh memilih untuk mengadakan­nya di balai raya. Kemudahan di balai raya cukup memuaskan. Jika dahulu balai raya hanya dibekalkan dengan kemudahan kipas, kini sudah dinaiktara­f kepada penghawa dingin. Kemudahan tandas juga disediakan selain meja dan kerusi.

Seperti di bandar, majlis perkahwina­n bukan hanya diadakan di hotelhotel tetapi di dewan di bangunan tertentu. Namun ada kalanya kemudahan yang disediakan di dewan tersebut jauh kurangnya jika dibandingk­an di balaibalai raya kampung yang sudah dinaiktara­f. Apatah lagi balai raya yang sentiasa dijaga dengan sempurna oleh JKKK. Hakikatnya orang kampung boleh berbangga sama seperti mana orang bandar. Lebih menarik pakej penyewaan balai raya turut diselitkan dengan kawalan dan pengawasan daripada

anggota Rela yang terdapat di kampung.

Cuma, sama ada di bandar atau di kampung, tempat yang disewa itu perlu mengikut masa yang dipilih oleh penyewa. Jika ia bermula pada jam 10.00, sama ada pagi mahupun malam, masa itulah dewan akan dibuka. Hanya yang dibenarkan masuk awal adalah untuk mengemas seperti menyediaka­n tempat jamuan dan tempat duduk tetapi pintu dewan tidak dibenarkan untuk dibuka.

Tepat pada jam 10.00 pagi, baharulah pintu dewan dibuka dan baharulah aku melihat kelibat sepupuku yang menganjurk­an majlis perkahwina­n itu. Aku melangkah menuju ke pintu bersama kumpulan sepupu-sepupuku yang lain. Masing-masing bersalaman dan berpelukan dengan sepupuku yang daripada jauh lagi mengukir senyuman. Ketika melangkah masuk, aku dicuit oleh isteriku yang memberikan isyarat untuk menuju ke kaunter yang diletakkan di sudut kanan. Beberapa sepupuku sudahpun di sana.

Aku mengikuti isyarat isteri dan menuju ke kaunter pendaftara­n. Mulanya aku menyangka kaunter itu untuk menulis nama dan

seterusnya mengambil cenderahat­i, tetapi sebaliknya. Selain diberikan cenderahat­i dan buku untuk menulis nama, aku turut diberitahu tentang nombor meja untuk aku sekeluarga.

Sambil tersenyum aku mengangguk. Kemudian memaklumka­n nombor meja itu kepada isteriku. Benarlah kemajuan dan pembanguna­n di kampung tidak lagi begitu jauh dengan apa yang dicapai di kawasan bandar. Namun ketika itu baharulah aku teringat dalam kad jemputan kahwin yang diWhatApps oleh sepupuku itu meminta agar kami membuat pengesahan kedatangan dan jumlah yang datang. Mujurlah anak sulungku yang turut disenaraik­an dalam kumpulan keluarga segera menjawab bahawa kami datang sekeluarga sedangkan aku tidak memberikan sebarang respons.

Ketika duduk dan melihat orang ramai yang memenuhi balai raya itu, aku tersenyum sendirian. Bayangkan jika anak sulungku tidak menjawab dalam WhatApps keluarga, maka apakah aku sekeluarga yang datang ke majlis perkahwina­n itu akan berdiri dan tidak mempunyai meja jamuan. Mungkinkah?

 ??  ?? Karya AILIN NOR Sekadar Gambar Hiasan
Karya AILIN NOR Sekadar Gambar Hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia