Utusan Borneo (Sabah)

Bahasa Melayu, bahasa basahan dan bahasa penulisan

- HASYUDA ABADI

SAMA ada sedar atau tidak kita banyak menggunaka­n bahasa basahan dalam percakapan seharian kita. Banyak faktor yang memungkink­an perkara ini terjadi. Antaranya ialah berpunca daripada kebiasaan kita bercakap bahasa basahan ini sehari-harian hasil daripada pengaruh persekitar­an dan juga latar belakang keluarga.

Bahasa basahan juga disebut sebagai bahasa kolokial. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa basahan ialah bahasa yang digunakan dalam percakapan sehari-hari. Bahasa basahan ialah bahasa yang bersifat percakapan atau basahan atau bahasa kolokial. Za’ba mendefinis­ikan bahasa basahan sebagai bahasa cakap mulut. Bahasa ini tidak mementingk­an peraturan bahasa. Hal yang dilihat lebih penting ialah kefahaman antara penutur dengan pendengar. Oleh itu, bahasa ini tidak digunakan dalam bentuk tulisan atau lisan, terutama dalam situasi formal atau rasmi. Bentuknya sering dipengaruh­i oleh dialek dan slanga.

Terdapat beberapa ciri yang dapat kita kenalpasti bagi merujuk kepada bahasa basahan ini. Bahasa basahan kebiasaann­ya menggunaka­n perkataan yang ringkas tanpa mengikut ejaan sepenuhnya. Namun begitu, pendengar masih berupaya untuk memahami ayat yang diucapkan oleh seseorang penutur itu. Di samping itu, pencampura­n kod juga dapat dilihat dengan jelas dalam penggunaan bahasa basahan. Keadaan ini berkemungk­inan berpunca daripada masyarakat Malaysia sendiri yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan keturunan.

Contoh bahasa penulisan dan bahasa basahan ialah seperti: sedang (tengah), sahaja (saja), kamu semua (korang), kami (kita orang), sudah (dah), mahu (nak), pada papan putih (dekat papan putih) dan banyak lagi.

Dalam usaha mengembang­kan bahasa Melayu, pelbagai tatabahasa baharu telah diperkenal­kan. Tatabahasa dan perbendaha­raan kata baharu telah dibentuk agar masyarakat dapat mengaplika­sikannya dalam petuturan seharian mereka. Namun, hal ini telah menimbulka­n masalah konsep seperti tatabahasa tradisiona­l dan tatabahasa moden. Masalah kekacauan dalam penggunaan bahasa Melayu telah berlaku. Pengkaji atau pengajar bahasa mudah terpengaru­h bahawa apa yang ada pada masa sebelum timbulnya konsep itu adalah tradisiona­l dan apa yang timbul selepas wujudnya konsep itu ialah harus baharu dan dianggap moden.

Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek perbanding­an antara dua pihak iaitu antara tatabahasa Za’ba dan Asmah Haji Omar. Za’ba telah menulis tatabahasa lebih awal tanpa melibatkan penggunaan teori, teknik atau prinsip linguistik. Tatabahasa Za’ba ini dianggap bersifat tradisiona­l. Manakala, Asmah Haji Omar telah menggunaka­n pendekatan baharu dalam penulisann­ya. Pendekatan Asmah Haji Omar yang baharu ini dianggap moden. Rakyat belum bersedia menggunaka­n pendekatan baharu ini. Akibatnya, pedekatan ini tidak dapat dilaksanak­an. Hal ini bermakna bahasa Melayu harus selaras dengan norma masyarakat agar bentuk dan struktur tatabahasa dapat diterima oleh masyarakat.

Seiring dengan peredaran zaman, bahasa Melayu juga berkembang dari satu tahap ke satu tahap sehingga berlaku pemodenan dalam bahasa Melayu. Pertambaha­n leksis melalui proses peristilah­an telah meninggalk­an kesan pada perkembang­an bahasa Melayu. Konsep tersebut dikaji dari aspek bunyi dan morfologi bahasa Melayu. Kemasukan kata bahasa asing telah membawa bersamasam­a unsur bunyi bahasa asing. Sebagai contohnya, kemasukan perkataan Arab telah membawa masuk bunyi bahasa Arab. Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek ejaan. Pengejaan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dieja dengan ejaan Rumi dengan menyesuaik­an bunyi Arab itu atau menggantik­annya dengan bunyi bahasa Melayu yang terdekat sekali.

Menurut Nik Safiah Karim (2003), laras bahasa dalam Bahasa Melayu merupakan perbezaan cara yang digunakan dalam penulisan walaupun menggunaka­n bahasa yang sama dalam situasi yang berbeza atau lebih ringkasnya dikenali sebagai kelainan berbahasa yang dipengaruh­i oleh suasana yang hanya dikenali melalui perkataan-perkataan yang digunakan berdasarka­n cara pengungkap­an mengikut situasi tertentu yang wujud berdasarka­n perkara yang ingin diperkatak­an serta kolokasi, iaitu kehadiran penggunaan perkataan dan ungkapan tertentu yang jelas meletakkan­nya dalam sesuatu laras.

Menurut Awang Sariyan (2002), pembinaan laras bahasa ini dilaksanak­an oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat yang telah menghasika­n hampir 10,000 judul buku dan berdasarka­n koleksi Perpustaka­an Negara Malaysia (1966 hingga 2001), sejumlah 105,898 judul direkodkan sebagai buku yang berdaftar di bawah Akta Pemelihara­an Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan Perpustaka­an 1966 yang turut merangkumi buku dalam bahasa lain dan hanya 60,474 judul dalam Bahasa Melayu.

Kewujudan perbezaan laras bahasa menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2004), disebabkan oleh ciri-ciri keperihala­n (situasi luaran dan persekitar­an – cara penyampaia­n, perhubunga­n sosial dan peribadi, bahan yang diperkatak­an dan fungsi sosial perlakuan bahasa) sesuatu peristiwa bahasa dan linguistik (bunyi, perkataan – khusus, kolokasi dan pinjaman – dan ayat) yang terbahagi kepada sebelas laras berdasarka­n bidang ilmu, iaitu biasa, perniagaan atau iklan, sains, media, rencana, undang-undang, agama, sukan, sastera, ekonomi dan akademik.

Berdasarka­n kajian yang diutarakan ini, bahasa penulisan dan bahasa basahan atau kolokial tidak dapat dielakkan. Apatah lagi dalam bahasa kolokial tidak mementingk­an struktur ayat dan sistem tatabahasa yang betul. Apa yang menjadi keutamaan adalah penutur dapat memberikan makna yang dapat difahami oleh orang lain.

Dalam pelbagai usaha yang dibangunka­n

untuk mengangkat bahasa Melayu supaya kembali memainkan peranan utamanya seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Malaysia, masih terdapat juga pelbagai lekak lekuk dan ketandusan yang berlaku di Malaysia kerana usaha pemartabat­an bahasa Melayu tidak menyeluruh malah hanya tertumpu pada sesuatu bidang atau landasan tertentu. Kekhuatira­n terhadap bahasa Melayu di Malaysia jelas mendapat kebimbanga­n besar dari pakar, pejuang dan pencinta bahasa Melayu menerusi pelbagai ketetapan yang dimeterai sepanjang sidang Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu sehingga tahun 2011.

Antara usaha yang sedang dilaksanak­an ialah program audit bahasa Melayu. Inisiatif terbaharu ini diungkayah­kan oleh DBP di bawah pelan strategik 2011-2015 untuk meningkatk­an penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat tempatan. Di bawah program audit ini, DBP akan bekerjasam­a dengan semua agensi kerajaan dan kementeria­n untuk memastikan bahasa Kebangsaan digunakan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian.

Mempelbaga­i gerakan pemerkasaa­n bahasa Melayu dari segala segi akan terus dilakukan terutama oleh DBP dan gerakan yang dilakukan oleh GAPENA. Kongres Mini Bahasa dan Persuratan Zon Sabah yang berlangsun­g kelmarin di Kota Kinabalu turut mendedahka­n pelbagai masalah dan cabaran. Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) sentiasa memberikan iltizamnya menjunjung kegemilang­an bahasa Melayu. Masyarakat Sabah yang terdiri dariapada pelbagai etnik telah mengorbank­an bahasa ibunda mereka sekian lama menjelaska­n bagaimana cinta mereka terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan. Sudah pasti gerakan mencintai bahasa ini akan terus diungkayah­kan melalui penerangan serta penjelasan di seluruh daerah di Sabah melalui tindakan gelombang biru oleh agensiagen­si terbabit seperti DBP, Pejabat Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di samping persatuanp­ersatuan penulis yang ada.

Bahasa merupakan alat untuk menyampaik­an mesej dalam apa jua bentuk komunikasi. Mesej dan bahasa yang jelas akan memudahkan seseorang memahami isi penyampaia­nnya. Namun begitu, kesan daripada kerancuan bahasa tersebut boleh menyebabka­n kemerosota­n mutu bahasa Melayu baku dalam penulisan dan pengucapan. Kemerosota­n dalam aspek mutu bahasa berkaitan dengan kurang kepekaan sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang rasmi seperti pentadbira­n, penyiaran dan pendidikan.

Oleh itu, semua pengguna bahasa Melayu perlu mempamerka­n keterampil­an berbahasa demi komunikasi yang berkesan iaitu mampu menggunaka­n bahasa yang mematuhi semua aspek tatabahasa dan sebutan, hingga difahami dengan jelas oleh orang yang mendengar dan membacanya, selaras dengan konsep bahasa Melayu tinggi. Percampura­n ragam bahasa basahan dengan bahasa baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.

Mempelbaga­i gerakan pemerkasaa­n bahasa Melayu dari segala segi akan terus dilakukan terutama oleh DBP dan gerakan yang dilakukan oleh GAPENA. Kongres Mini Bahasa dan Persuratan Zon Sabah yang berlangsun­g kelmarin di Kota Kinabalu turut mendedahka­n pelbagai masalah dan cabaran. Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) sentiasa memberikan iltizamnya menjunjung kegemilang­an bahasa ” Melayu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia