Utusan Borneo (Sabah)

Venition tawar set menu tahun baru cina

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Restoran Tasty Wok Venition menawarkan set menu sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kepada pelanggann­ya bermula 12 Februari hingga 3 Mac ini.

Pengurus Makanan dan Minuman Venition Jessy Chau berkata, setiap set menu adalah berharga bermula RM888+ bagi 10 orang atau satu meja.

Manakala katanya, bagi pemilik kad Jesselton Diners pula hanya dikenakan bayaran bernilai RM838+ bagi 10 orang beserta hidangan minuman wine.

“Menu pakej ini termasukla­h Hot and Cold Combinatio­n Platter, Fish Maw Soup dengan Crabmeat dan Scallops, Sweet and Sour Whole Fish, steamed corn-fed chicken with dried scallops.

“Selain itu,turut ditawarkan ialah menu Hong Kong Style Stir Fried Prawns with Cripy Garlic, Braised Vegetable with Dried Oysters dan Fatt Choi, Seafood Baked Rice, White Fungus Lychee Longan Sweet Soup dan Shanghai Pancake,” katanya pada pelancaran menu Tahun Baharu Cina, di sini pada Khamis.

Katanya, pelanggan juga boleh menempah satu set menu Yee Sang berharga sekitar RM68+ bagi lima orang, manakala RM108+ untuk 10 orang.

Setiap tempahan menu adalah terbuka bagi makan tengahari serta makan malam dan sesuai untuk pelbagai majlis seperti majlis korporat, majlis bersama rakan atau seisi keluarga.

Orang ramai yang ingin mendaftar sebagai ahli kad Jesselton Diners boleh mendaftar di Tasty Wok Venition dengan harga kad bernilai RM50 dan berpeluang menikmati baucar tunai RM50 serta 10 peratus diskaun bagi setiap tempahan Ala Carte.

 ??  ?? CHEF Yew Beng Kooi (dua, kanan) bersama pelayan Restoran Tasty Wok Venition menunjukka­n set menu sempena Tahun Baharu Cina.
CHEF Yew Beng Kooi (dua, kanan) bersama pelayan Restoran Tasty Wok Venition menunjukka­n set menu sempena Tahun Baharu Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia