Utusan Borneo (Sabah)

Maya@Likas dijangka siap lebih awal

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Maya@ Likas dijangka siap lebih awal daripada masa pembinaan yang ditetapkan.

Pengurus Projek Kediaman Maya@Likas Ben Kong berkata projek pembinaan berkenaan berkenaan kini dilihat lebih cepat berbanding yang telah dijadualka­n.

“Kami mahu memecahkan rekod yang mana kontrak perjanjian bersama pembeli adalah 42 bulan untuk menyiapkan pembanguna­n ini.

“Tetapi sekarang kami menghampir­i 36 bulan yang mana kira-kira 70 peratus siap.

“Kami cuba untuk membuktika­n bahawa pembinaan ini akan lebih cepat disiapkan daripada yang dijadualka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian kepad media pada Majlis Penghargaa­n Pembeli Kediaman Maya@Likas di Tapak Maya pada Sabtu.

Katanya walaupun pembinaan berkenaan mendahului jadual yang ditetapkan mereka tetap menjaga kualiti pembinaan bangunan itu.

“Bukan sahaja mendahului jadual pembinaan, kami juga bekerjasam­a dengan sebuah kontraktor yang terkenal seterusnya mampu menghasilk­an kualiti terbaik untuk pelanggan kami.

“Pada hari ini, kami membuat keputusan untuk membawa pembeli kediaman Maya@Likas untuk melihat sendiri rumah yang mereka akan peroleh tidak lama lagi.

“Ini kerana, ketika mereka membuat pembelian kediaman ini, mereka tidak tahu rupa bentuk fizikal sebenar kediaman mereka di sini,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya pembinaan Maya@Likas akan siap sepenuhnya sebelum perayaan Krismas 2018.

“Jika penyerahan kunci kepada pemilik sebelum Krismas, bukan sahaja impian kami menjadi kenyataan tetapi juga kepada pelanggan setia kami.

“Kerana mereka akan mendapat kunci kediaman mereka setengah tahun lebih awal dariapda yang dijanjikan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Tower Paradise Sdn Bhd Datuk Kong Kwok Wah berkata projek pembinaan Maya@Likas kini mencapai 70 peratus siap.

“Dan kami akan menyiapkan struktur bangunan sepenuhnya pada April dengan kualiti terbaik kepada pelanggan bersama harga yang berpatutan.

“Kediaman ini bercirikan Lighthouse, komuniti dan rekreasi yang mana blok A dan B disambungk­an melalui tingkat 15 dan 17 kedua-dua bangunan.

“Dengan pembinaan 3 blok bangunan, kediaman ini menempatka­n sebanyak 483 unit rumah semuanya,” katanya

Dalam pada itu, Pengarah Kewangan Tower Paradise Sdn Bhd Datuk Victor Wong Chet Sing berkata acara berkenaan adalah bagi memberi penghargaa­n kepada pembeli mereka.

Katanya pembeli dapat melihat sendiri fasa pembinaan kediaman mereka.

“Mereka juga akan dibawa untuk melawat ke dalam sebuah unit yang telah disiapkan khas untuk mereka melihat sendiri apa yang kami tawarkan kepada mereka,” katanya.

Turut hadir Pengarah Tower Paradise Sdn Bhd Chin Ah Kow dan Pengerusi Tower Paradise Sdn Bhd Ng Chin Heng.

 ??  ?? PANDANGAN penuh Kediaman Maya@Likas.
PANDANGAN penuh Kediaman Maya@Likas.
 ??  ?? KOLAM renang yang disediakan untuk pembeli kediaman Maya.
KOLAM renang yang disediakan untuk pembeli kediaman Maya.
 ??  ?? BEN (kiri), Kong (tiga kiri), Victor (empat kanan), Chin (kanan) dan Ng (tengah) merakamkan gambar kenangan di tapak pembinaan Maya@Likas.
BEN (kiri), Kong (tiga kiri), Victor (empat kanan), Chin (kanan) dan Ng (tengah) merakamkan gambar kenangan di tapak pembinaan Maya@Likas.
 ??  ?? PELANGGAN Maya@Likas diberi peluang untuk melihat sendiri keadaan kediaman yang bakal mereka miliki.
PELANGGAN Maya@Likas diberi peluang untuk melihat sendiri keadaan kediaman yang bakal mereka miliki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia