Utusan Borneo (Sabah)

‘Intai-Intai Jenguk-Jenguk’ travelog pilihan peminat makanan di TV1

-

MAKAN adalah aktiviti kegemaran setiap daripada kita. Bermacam alasan diutarakan mengapa mereka mencintai makanan.

Salah satunya dapat menghilang­kan tekanan. Apatah lagi bila dihidangka­n dengan makanan lazat. Ia pastinya amat sukar untuk ditolak.

Bersama hos Nadia Hasnan, Radio Televisyen Malaysia (RTM), setiap Selasa, jam 10.05 pagi menerusi saluran TV1 menyiarkan program ‘Intai-Intai Jenguk-Jenguk’ yang menjelajah ke seluruh negara untuk meninjau dan memperkena­lkan premisprem­is makanan yang menghidang­kan juadah baru dan moden yang telah dicipta oleh pemilik premis itu.

Juadah istimewa ini hasil dari inovasi dan daya kreatif premis itu menjadi satu tarikan kepada peminatpem­inat makanan atau ‘food hunters’.

Tiga belas episod program ini berkongsi memaparkan inovasi dalam penyediaan makanan termasukla­h pelbagai jenis ais krim, burger, makanan laut atau ‘shell out’, dan makanan fusion MalaysiaAr­ab menerusi konsep menjual makanan yang berbeza.

Daripada menjual makanan di warung, gerai, restoren, kafe hipster dan konsep menjual makanan menggunaka­n ‘food truck’.

Penggemar ais krim usah ketinggala­n menyaksika­n salah satu episod program ini di mana hos melawat Kafe Kone di Johor Bharu, The Ais Cream Project, Kafe Ais Kacang Special JB yang menghidang­kan kombinasi ais krim dan Kafe Sangkaya bertema ‘Nuts About Coconuts’.

Seterusnya menjelajah ke Pulau Langkawi untuk menikmati ‘ais krim gulung’ di kedai Ais Cream Factory, ‘ais kapai’ di Pulau Pinang dan ‘ais krim caramel’ di Melaka.

Beliau juga ke Restoran Dagang di Pasir Hor, Kelantan untuk meninjau hidangan kombinasi ais krim dan buah-buahan.

Seterusnya khas peminat burger, Nadia Hasnan singgah di Burger Ayam Njoy di Pulau Pinang menghidang­kan roti berwarna-warni, ke Langkawi untuk menikmati Special Soft Crab Burger, Fish and Chips dan Banana Smoothie di gerai “Fish Bone Fish and Chips’ dan ke ‘Brothers Grill’ di Manjung, Perak yang menjual 18 jenis burger.

Di gerai L A Burger, Taiping, Perak hos telah memperkena­lkan kepada penonton burger bertingkat dan ke gerai Deqwan Burger di Senawang, Negeri Sembilan di mana burger dijual mengikut beratnya yakni ‘burger satu kilo’ dan sebagainya.

Hos turut meninjau kafe dan restoran ‘hipster’ yang menjadi tumpuan pelanggan muda mengun-jungi Kedai ‘Cendol Champion’ di Kuala Terengganu yang menjual pelbagai jenis cendol.

Ikuti banyak lagi pengembara­an Nadia Hasnan dalam travelog menarik ini, hanya di TV1 setiap Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia